personel income tax | cukai pendapatan perseorangan | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang diterima oleh individu atau isi rumah, iaitu termasuk gaji dan upah, dan pendapatan daripada harga seperti sewa, dividen, atau bunga. Pendapatan boleh cukai ialah jumlah semua pendapatan tersebut setelah diambil kira potongan tertentu yang dibenarkan. Jumlah cukai yang dibayar bergantung pada kadar cukai dan pendapatan boleh cukai. Di Malaysia, kadar cukai pendapatan adalah progresif supaya golongan berpendapatan tinggi membayar cukai pada kadar yang lebih tinggi daripada golongan berpendapatan rendah. |
personel accident insurance | insurans kemalangan diri | insurans | Tiada | Perlindungan yang memberi faedah yang telah ditetapkan apabila berlaku kemalangan yang melibatkan kematian atau kecederaan anggota badan atau penglihatan. |
group personel accident insurance | insurans kemalangan diri kumpulan | insurans | Tiada | Insurans am yang memberikan perlindungan kepada sekumpulan individu atau ahli persatuan ke atas kerugian akibat daripada kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian. |
contract manufacturing | pembuatan kontrak | Herba | Tiada | Perjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan pengilang kontrak berlesen untuk menjalankan aktiviti penghasilan produk herba. Pengilang kontrak perlu mempunyai premis, kelengkapan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik. Pembuatan produk herba perlu dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan. Sinonim pengilangan kontrak. |
contract analysis | analisis kontrak | Herba | Tiada | Perjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan penganalisis kontrak untuk menjalankan sebarang aktiviti analisis yang berkaitan dengan kualiti, keberkesanan dan keselamatan bahan mentah, sediaan dan produk herba. Penganalisis kontrak perlu mempunyai makmal bertauliah, peralatan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Makmal Baik. Analisis perlu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pelanggan. Sijil analisis perlu ditandatangani oleh pegawai bertauliah. |
personal hygiene | kebersihan diri | Herba | Tiada | Amalan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan ini memastikan individu dan kawasan tersebut bebas daripada mikroorganisma dan menghindarkan sebarang jangkitan penyakit. Contoh amalan penjagaan kebersihan diri termasuk membasuh tangan, menggunakan sarung tangan dan topeng mulut, tidak batuk dan bersin secara terbuka dan membuang tisu terkontaminasi ke dalam tong sampah khas. Menurut Amalan Pengilangan Baik, personel perlu dilatih untuk menjaga kebersihan diri dan mesti memakai pakaian perlindungan lengkap seperti sarung tangan, topi, topeng, baju luar dan kasut khas semasa berada dalam kawasan pengeluaran. Personel yang sedang mengalami penyakit berjangkit atau penyakit kulit tidak dibenarkan bekerja di dalam kawasan pengeluaran. |
Good Agricultural Practices (GAP) | Amalan Pertanian Baik (GAP) | Herba | Tiada | Garis panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dilakukan untuk penanaman herba. Panduan ini penting untuk tujuan rekod dan dokumentasi data dan maklumat semasa penanaman bahan herba tersebut. Aspek yang terangkum dalam panduan ini termasuk pengenalpastian tanaman herba (pemilihan spesies herba yang betul, penentuan identiti botani dan penyediaan spesimen baucer), kaedah, peralatan dan bahan penanaman (pemilihan kawasan yang sesuai dari segi persekitaran ekologi dan kesan sosial, cuaca, jenis tanah, sistem pengairan, penyelenggaraan dan pengawalan terhadap makhluk perosak), penuaian dan personel. GAP ini merupakan langkah pertama dalam proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal sumber semula jadi herba untuk kegunaan berterusan. Sinonim GAP. |
contract giver | pemberi kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Organisasi yang bersetuju untuk memberikan suatu urusan kerja berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang kepada penerima kontrak. Amalan pengilangan baik Produk Tradisional dan Penokok Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa pemberi kontrak bertanggungjawab untuk menilai kompetensi penerima kontrak, memberikan maklumat yang diperlukan oleh penerima kontrak dan menetapkan spesifikasi supaya penerima kontrak dapat melaksanakan kerja yang diarahkan dengan sepenuhnya. Pemberi kontrak harus menjelaskan sebarang masalah yang berkaitan dengan produk atau kerja yang mungkin menimbulkan bahaya pada premis, peralatan, personel, bahan atau produk yang lain. Pemberi kontrak juga harus memastikan bahawa semua produk, bahan-bahan atau keputusan pengujian yang diserahkan oleh penerima kontrak adalah bersesuaian dengan spesifikasi yang telah ditetapkan. |