reactive attachment disorder | gangguan pertautan reaktif | Perubatan | Psikiatri | Gangguan pertautan yang berlaku terhadap kanak-kanak dan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami perkembangan psikososial yang terganggu dan tidak berupaya menyesuaikan diri dalam setiap keadaan. |
coalescence congruence | pertautan suai sama | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
cohesion | kesepaduan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertautan atau persepaduan di kalangan anggota, kelompok atau etnik dalam sesebuah masyarakat. Tahap kesepaduan merupakan ukuran sosial yang penting bagi mempengaruhi kestabilan ekonomi dan politik masyarakat. Masyarakat mempunyai kesepaduan yang tinggi apabila anggota, kelompok atau etniknya menjalankan fungsi masing-masing dalam struktur masyarakat tersebut. Hal ini bermakna, kesepaduan hanya boleh tercapai apabila setiap kelompok masyarakat memenuhi dan memahami fungsi masing-masing sebagai sebahagian daripada struktur yang membentuk masyarakat. Kesepaduan yang tinggi dilambangkan dengan darjah konflik yang rendah. Contohnya, kesepaduan yang telah dibentuk dalam masyarakat Malaysia. |
haplotype inference | pentaabiran haplotip | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Corak pertautan yang spesifik di antara varian nukleotida individu yang memberikan maklumat kritikal dalam memahami asas genetik penyakit manusia. |
chain rhyme | rima berangkai | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi. |