parental conflict | konflik ibu bapa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan pertelingkahan, perbalahan atau persengketaan di antara kedua-kedua ibu bapa. Keadaan ini boleh memberikan kesan negatif kepada anak mereka. Contohnya, perbalahan ibu bapa dalam penceraian menyebabkan anak mengalami tekanan emosi yang mengakibatkannya mengambil dadah. |
victim-offender mediation | pengantaraan mangsa-pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu proses pertemuan antara mangsa dengan pesalah bersama dengan pengantara dalam situasi yang selamat dan berstruktur bagi menyelesaikan pertelingkahan. Matlamat pengantaraan ini adalah untuk mencapai perdamaian antara pihak yang terlibat di samping mewujudkan rasa kebertanggungjawaban terhadap kesalahan yang berlaku. Ada kalanya ganti rugi atau pampasan diberikan kepada mangsa. |
ad hoc authority | autoriti sementara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk kuasa yang diberikan kepada seseorang, organisasi atau badan tertentu. Kuasa jenis ini bersifat sementara atau untuk satu jangka masa tertentu sahaja. Kuasa sementara ini wujud ekoran daripada timbulnya sesuatu kemelut, pertelingkahan atau penyelewengan yang memerlukan satu badan lain yang bebas untuk menyelesaikan dan menyiasat hal tersebut. Kuasa autoriti ini akan tamat apabila tugas yang diberi telah selesai. Contohnya, pembentukan badan penyiasat jenayah perang di Bosnia Herzegovina oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memiliki kuasa sementara. |
manuscript policy | polisi manuskrip | insurans | Tiada | Polisi yang disediakan untuk meliputi perlindungan atau syarat khusus yang tidak diperuntukan di dalam polisi standard. Lazimnya polisi ini disediakan oleh syarikat broker untuk sesuatu akaun yang besar dan perlu akur kepada undang-undang sesebuah negeri. Sekiranya timbul pertelingkahan pemahaman tentang polisi, doktrin kontrak kesertaan akan diubahsuai. |
civil | sivil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat masyarakat yang telah mencapai taraf budaya yang rasional, berpendidikan tinggi, tingkat ekonomi yang baik dan hubungan sosial yang berasaskan kepada nilai-nilai murni. Dalam konteks politik, istilah ini merujuk kepada hubungan politik yang berlandaskan akal dan bukannya emosi. Setiap pertelingkahan politik yang timbul diselesaikan secara rundingan, tawar-menawar dan permuafakatan. Persaingan politik diambil dalam pendekatan yang positif apabila kekalahan dalam persaingan diterima dengan fikiran yang terbuka. Dalam erti kata lain, sivil merujuk kepada masyarakat yang moden dan bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. |
capitalism | kapitalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem ekonomi bebas yang membenarkan pemilikan modal dan persaingan tanpa sekatan. Dari segi penggunaannya, konsep ini menghuraikan satu fahaman yang merujuk kepada hak individu atau sesebuah kumpulan untuk menjual dan membeli sesuatu barangan sama ada buruh, tanah dan juga wang dalam pasaran bebas. Fahaman ini berasaskan kepada konsep pasaran bebas atau laissez-faire yang sangat bergantung kepada peraturan pasaran yang ditentukan oleh aktiviti-aktiviti pasaran itu sendiri seperti turun naik harga, spekulasi dan permintaan. Dalam sistem ini, pihak pemeritah hanya berperanan sebagai sebuah institusi yang menyediakan infrastruktur pasaran dan bertindak sebagai pengadil atau kuasa pengimbang sekiranya wujud pertelingkahan atau konflik di kalangan aktor-aktor pasaran. Konsep kapitalisme mula digunakan oleh seorang tokoh pemikir iaitu Thackeray (1854). Karl Marx (1818-1883) pula mentakrifkannya sebagai sistem pengeluaran kapitalis. Dari sudut sejarah, konsep ini mula berkembang dan mantap di Eropah di antara abad ke-16 dan ke-19. Contohnya, Great Britain, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan negara kapitalisme. Sinonim faham kapitalis. |