Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.mah] | ڤرومه

Definisi : (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.mah] | ڤرومه

Definisi : ist organisma yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggal, tempat mendapatkan makanan dan perlindungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perumah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parasiteparasitKejururawatanTiadaOrganisma yang hidup di permukaan atau di dalam organisma hidup yang lain (perumah) dan memudaratkan perumah.
nozzle holderpemegang muncungKejuruteraan AutomotifEnjinPerumah yang menempatkan muncung dan pegas pelaras tekanan bahan api yang dipasang pada kepala silinder enjin. Tekanan bahan api meningkat di dalam perumah ini sehingga tekanan operasi, sebelum dilepaskan oleh muncung ke dalam kebuk pembakaran. Perumah ini juga merupakan penghubung pada sistem bahan api.
hostperumahPerikananAkuakulturIkan yang dijadikan sebagai tempat tinggal organisma lain seperti parasit atau komensal. Perumah ini menyediakan makanan dan perlindungan kepada organisma yang menumpang. Contohnya, parasit yang hidup di permukaan atau di dalam ikan.
fan shroudselubung kipasKejuruteraan AutomotifEnjinPerumah plastik atau logam yang menutup dan melindungi kipas enjin. Perumah ini membolehkan kipas enjin menarik udara melalui celah sirip radiator dengan lebih efisien dan menghalang berlakunya kitaran semula udara. Selubung kipas dilekatkan terus pada bahagian belakang radiator dan biasanya berbentuk segi empat di bahagian radiator dan bulat di bahagian kipas enjin.
heterogeneous expressionpengekspresan heterogenBioinformatikBioinformatik MolekulPengekspresan gen atau sebahagian daripada gen di dalam organisma perumah yang tidak mempunyai gen atau fragmen gen ini. Kemasukan gen ke dalam perumah ini dilakukan dengan teknologi DNA rekombinan.
molecular recognitionpengecaman molekulFizikNanoteknologiKeupayaan sistem biologi dan kimia mengecam pelbagai molekul dan mengawal atur sifat tertentu yang diperlukan. Dalam kimia, pengecaman molekul berlaku, apabila molekul perumah dapat membentuk suatu kompleks dengan molekul tetamu. Pengecaman dapat dibahagikan kepada pengecaman molekul statik dan pengecaman molekul dinamik. Pengecaman statik merupakan tindak balas antara molekul perumah dengan molekul tetamu, manakala pengecaman molekul dinamik adalah berkaitan dengan keseimbangan tindak balas molekul perumah terhadap pengecaman tersebut.
antifriction bearinggalas antigeseranKejuruteraan AutomotifEnjinGalas yang menanggung beban melalui unsur bebola atau jejarum yang diletakkan di antara jurnal, iaitu bahagian hujung aci yang disokong dengan permukaan perumah galas. Unsur ini bertujuan untuk mengurangkan geseran antara jurnal dengan perumah. Geseran ini dapat dikurangkan lagi dengan penggunaan minyak pelincir atau gris yang diletakkan di permukaan unsur tersebut.
hostperumah/hosKejururawatanTiadaOrganisma yang digunakan oleh parasit sebagai tempat tinggal, sumber makanan dan perlindungan.
alternative hostperumah selangPertanianTiadaTiada
housing jointtanggam perumahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123

Kembali ke atas