Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.run.da.ngan]/[per.un.da.ngan] | ڤراوندڠن

Definisi : 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.run.da.ngan]/[per.un.da.ngan] | ڤراوندڠن

Definisi : hal mengenai undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perundangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
general principles of lawprinsip am undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu sumber undang-undang antarabangsa yang terdiri daripada prinsip perundangan yang terdapat dalam semua atau hampir semua sistem perundangan nasional. Prinsip perundangan nasional ini diterima setakat yang boleh dipakai dalam hubungan antarabangsa. Pemakaian prinsip am ini penting bagi mengisi kekosongan dalam undangundang perjanjian antarabangsa dan undang-undang adat antarabangsa. Contohnya, prinsip ekuiti dan suci hati.
administrative legislationperundangan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Set peraturan yang menetapkan prosedur dan tatacara kerja bagi mengawal pentadbiran sesebuah organisasi. Perundangan pentadbiran ialah garis panduan yang wajib dipatuhi dalam melaksanakan bidang tugas dengan teratur, cekap dan berkesan untuk memastikan tidak wujud sebarang bentuk salah tadbir, penyelewengan dan salah guna kuasa. Set peraturan ini menetapkan dan memperjelaskan perihal had, batas kuasa pentadbiran dan jenis tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran peraturan. Contohnya, sesuatu tindakan yang tidak sah seperti jenayah kolar putih dan pembocoran maklumat organisasi yang bercanggah dengan perundangan pentadbiran boleh dikemukakan ke mahkamah.

subsidiary legislationPerundangan subsidiariUndang-undangTiadaPerundangan yang dibuat mengikut kuasa yang diberikan oleh akta atau enakmen induk.
legal interpretationtafsiran undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses menentukan maksud sebenar sesuatu dokumen bertulis seperti perlembagaan, statut, kontrak atau wasiat. Tafsiran sesuatu dokumen perundangan adalah penting dalam proses perundangan. Tafsiran undang-undang digunakan apabila sesuatu maksud dokumen perundangan perlu dinyatakan. Tafsiran undang-undang boleh memperincikan hak dan tanggungjawab pihak atau orang yang dinyatakan dalam dokumen perundangan tersebut. Dalam konteks undangundang antarabangsa, tafsiran undang-undang digunakan terhadap triti, perjanjian konsesi antara negara dan pelabur asing, dan ketetapan pertubuhan antarabangsa seperti resolusi Majlis Keselamatan PBB.
common equityekuiti am perundanganSejarahTiadaBadan perundangan yang menentukan doktrin dan peraturan seperti undang-undang Praetorian Rom yang cuba meluaskan sistem undang-undang yang sempit dan statik.
executive sessionmesyuarat perundangan tertutupSejarahTiadaSesi mesyuarat tertutup badan perundangan yang bertujuan untuk menasihat atau mengawal kuasa eksekutif khususnya tentang perkara sulit, biasa dilakukan di dalam Senat, di Amerika Syarikat.
legal personorang perundanganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaEntiti yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Dalam sistem undang-undang nasional, orang perundangan termasuk orang sebenar, syarikat, pertubuhan dan kerajaan. Walau bagaimanapun, hak dan kewajipan syarikat, pertubuhan dan kerajaan tidak sama dengan hak dan kewajipan orang sebenar berdasarkan perbezaan fungsi dan peranan masing-masing. Contohnya, syarikat atau pertubuhan mempunyai hak dan kewajipan untuk menyaman mana-mana pihak yang merampas hartanya atau memburukkan namanya. Dalam undangundang antarabangsa, orang perundangan termasuklah negara dan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hak dan kewajipan seperti membuat tuntutan di mahkamah atau tribunal antarabangsa dan membuat triti antarabangsa.
power of legislationkuasa perundanganSejarahTiadaKuasa yang dipegang berdasarkan pengesahan perundangan.
negative proceduretatacara negatifUndang-undangTiadaMerujuk kepada peruntukan dalam undang-undang yang menghendaki supaya perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu dibentangkan di Parlimen, dan jika ada bantahan terhadapnya, maka perundangan subsidiari itu boleh dibatalkan tanpa perundangan.
legislative functionfungsi perundanganUndang-undangTiadaKuasa yang diberikan kepada sesuatu badan atau seseorang individu untuk membuat perundangan.
12345678910...

Kembali ke atas