terms | terma | Undang-undang | Tiada | 1. Peruntukan yang terkandung dalam sesuatu kontrak. 2. Perkara yang kepadanya tertakluk sesuatu keistimewaan. |
Article | Perkara | Undang-undang | Tiada | 1. Sebutan tentang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan 2. Sebutan tentang sesuatu peruntukan dalam dokumen tertentu, contohnya Memorandum Persefahaman. |
return of premium | pulangan premium | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. |
allowances | elaun | Ekonomi | Tiada | 1.Tambahan kepada pendapatan tetap seperti elaun keraian, elaun rumah, dan elaun perkhidmatan awam. 2. Peruntukan untuk tujuan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai. Peruntukan ini diberikan untuk diri, berasaskan pengecualian isteri, anak, dan tanggungan. |
authorised persons | 1. orang diberi kuasa 2. orang dibenarkan | Undang-undang | Tiada | 1. Orang yang diberi hak untuk bertindak bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang. 2. Orang yang dibolehkan membuat sesuatu untuk dirinya. |
review | kajian semula | Undang-undang | Tiada | 1. Proses meneliti semula persempadanan kawasan pilihan raya seperti yang terdapat dalam peruntukan Perlembagaan. 2. Proses memeriksa semula sesuatu keputusan contohnya keputusan mahkamah, lembaga penyiasatan dan sebagainya. |
cooling-off period | tempoh bertenang | Ekonomi | Tiada | 1. Jangka waktu bagi melewatkan mogok atau lain-lain tindakan perusahaan seperti dalam peruntukan undang-undang buruh. |
local plan | rancangan tempatan; pelan tempatan | Sosiologi | Tiada | 1. Rancangan tempatan: Rancangan pembangunan terperinci yang disediakan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan berdasarkan rancangan struktur yang telah disediakan mengikut peruntukan tertentu. |
noon clause | fasal tengah hari | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peruntukan dalam kontrak insurans yang menyatakan bahawa perlindungan insurans mula berkuat kuasa pada jam 12.00 tengah hari di lokasi harta pihak yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, kini kebanyakan polisi insurans harta telah menggunakan waktu penguatkuasaan pada 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi. |
functional conflict | konflik fungsian | Pengurusan | Perancangan | 1.����� Percanggahan yang timbul antara fungsi atau jabatan yang berbeza dalam organisasi, yang didorong oleh perbezaan matlamat masing-masing. Konflik ini boleh berlaku disebabkan oleh sumber yang terhad dan jangkaan prestasi yang tinggi sehingga mewujudkan persaingan antara fungsi dan jabatan. Contohnya, jabatan kewangan yang berfungsi mengawal belanjawan dan kos operasi sesebuah perniagaan mungkin menghadapi konflik dengan jabatan pengeluaran apabila jabatan pengeluaran menuntut tambahan peruntukan untuk membeli mesin baharu bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran perniagaan tersebut. Lihat juga pengurusan konflik. 2. Percanggahan membina yang timbul dalam kalangan ahli dalam satu kumpulan kerja, yang membawa kepada penghasilan yang lebih baik dari segi kualiti keputusan kerana cetusan kreativiti dan inovasi yang berlaku dalam kumpulan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, ahli kumpulan digalakkan memberikan pendapat dan membahaskan pandangan sesama mereka sehingga tercapai suat |