evolution | evolusi | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Perubahan ciri perwarisan biologi suatu spesies atau populasi organisma yang berlaku secara perlahan atau beransur-ansur. |
phylogenetic tree rooting | puncaan pepohon filogenetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses menentukan punca pada rajah pepohon filogenetik bagi mengenal pasti perwarisan kumpulan organisma atau gen yang dianalisis. Dua cara utama untuk melakukan puncaan pepohon filogenetik ialah kaedah kumpulan luar dan kaedah titik tengah. |
matriarchy | matriarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem sosial atau sesuatu organisasi yang berpegang kepada jalur keturunan dan pembahagian kuasa, penentuan keputusan, pewarisan pusaka dan pemilihan pemimpin yang berasaskan wanita. Wanita memiliki kuasa penentu dan mempunyai kelebihan dalam semua aspek. Lazimnya faktor keturunan memainkan peranan penting dalam sistem matriarki ini. Seorang pemimpin akan mewariskan kedudukannya kepada anak perempuan yang tua untuk menjadi ketua dan demikian seterusnya. Golongan lelaki dalam sistem ini akur kepada peraturan atau adat yang sudah diterima. Sistem kuasa ibu ini tidak lagi diamalkan sepenuhnya dalam dunia moden ini. Contohnya, sistem kekeluargaan dan perwarisan masyarakat Melayu Negeri Sembilan masih memiliki ciri-ciri matriarki. Sinonim sistem kuasa ibu. |