Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sa.kit] | ڤساکيت

Definisi : orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.kit] | ڤساکيت

Definisi : orang yg sakit. ~ luar pesakit yg hanya diberi rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke (dlm) wad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patient databasepangkalan data pesakitKejururawatanTiadaSemua maklumat pesakit yang dikumpul dan dicatat dalam rekod kesihatan pesakit sebagai data asas pesakit untuk perancangan jagaan.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung).
social isolationpengasingan sosialKejururawatanTiadaKesepian yang dialami oleh pesakit akibat dipinggirkan atau pesakit itu sendiri yang mengasingkan dirinya sendiri. Keadaan ini membawa kesan negatif kepada pesakit.
role reversalsaling ganti perananSains KesihatanTiadaTeknik terapi yang melibatkan ahli patologi pertuturan berperanan sebagai pesakit dan pesakit pula berperanan sebagai pakar terapi.
psychiatric carepenjagaan psikiatriPerubatanPsikiatriPerawatan yang diberikan kepada pesakit psikiatri, termasuk rawatan perubatan, rawatan psikososial dan pemulihan sebagai pesakit dalam atau pesakit luar.
patient administration system (PAS)sistem pentadbiran pesakit (PAS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang menyediakan capaian pada maklumat lengkap pesakit mengenai aktiviti sistem kesihatan. Sistem ini membolehkan pengurusan pesakit dijalankan secara efisien, responsif, fleksibel dan mesra pengguna. Komponen penting dalam sistem ini meliputi aplikasi pendaftaran pesakit, pengurusan sumber dan hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran rawatan.
index patientpesakit pemulaKesihatan AwamTiadaPesakit yang pertama dilaporkan dalam epidemik sesuatu penyakit berjangkit dalam sesuatu populasi, kawasan atau keluarga, atau pesakit yang pertama direkodkan dalam kajian epidemiologi.
patient social networkingrangkaian sosial pesakitKejururawatanTiadaJaringan hubungan sosial di kalangan pesakit yang mengalami penyakit yang sama. Contohnya persatuan pesakit asma, diabetes, dan lain-lain.
patient objectiveobjektif pesakitKejururawatanTiadaMatlamat yang ditentukan oleh pesakit semasa mengalami masalah kesihatan, yang berkait rapat dengan objektif kejuruteraan. Matlamat ini berguna untuk penyembuhan pesakit.
patient and client management systems (P&CMS)sistem pengurusan pelanggan dan pesakit (P&CMS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang menyokong pentadbiran, pengurusan pesakit dan pelanggan sepanjang penjagaan kesihatan di klinik, hospital dan pusat rawatan komuniti. Kebiasaannya, sistem ini menggariskan enam langkah yang terlibat dalam pengurusan pesakit dan pelanggan, iaitu, pemeriksaan pesakit, penilaian data dan mengenal pasti masalah, penentuan diagnosis, penentuan prognosis, pelaksanaan penjagaan rawatan, dan pemeriksaan pesakit dan penilaian hasil rawatan.
12345678910...

Kembali ke atas