central place theory | teori petempatan pusat | Sosiologi | Tiada | Teori yang diperkenalkan oleh Walter Christaller yang cuba menghubungkan petempatan-petempatan pusat dengan daerah pedalamannya dan mentakrifkan petempatan pusat sebagai petempatan yang menyediakan perkhidmatan bagi penduduk daerah tersebut. |
permanent settlement | penyelesaian kekal; petempatan kekal | Sejarah | Tiada | Petempatan kekal: Petempatan atau tempat kediaman yang didirikan di sesebuah kawasan atau sekitarannya yang bersifat kekal dan tidak berpindah-randah. |
hierarchy of settlement | hierarki petempatan; hierarki penempatan | Sosiologi | Tiada | Hierarki petempatan: Susunan dan urutan petempatan mengikut saiz dan fungsi. |
settlement pattern | pola petempatan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tempat kegiatan manusia yang berkembang sebagai tempat tinggal. Pola ini dibahagikan kepada dua jenis, iaitu petempatan sementara dan kekal yang dipengaruhi oleh lingkungan dan keperluan hidup seperti pinggir sungai, pedalaman, gua dan persisiran pantai. Pada zaman protosejarah, pola petempatan juga dilengkapi sistem kota dan rumah ibadat. Contohnya, di Trowulan (Indonesia) dan di Lembah Bujang (Malaysia). |
pioneer settlement | petempatan perintis | Geografi | Tiada | Petempatan yang pertama berlaku di sesebuah kawasan. |
military settlement | petempatan tentera | Geografi | Tiada | Petempatan yang berkait secara langsung dengan kewujudan sebuah markas tentera di sebuah kawasan. |
ribbon settlement | petempatan berjajar | Geografi | Tiada | Pola petempatan yang mengikut garisan-garisan berliku seperti pinggir laut, tebing sungai dan sebagainya. |
road settlement | petempatan tepi jalan | Geografi | Tiada | Petempatan yang terdapat di sepanjang jalan. |
riverbank settlement | petempatan tebing sungai | Geografi | Tiada | Petempatan yang terdapat di sepanjang tebing sungai. |
shoe string settlement | petempatan tetali | Geografi | Tiada | Petempatan yang berbentuk seperti tali kasut. |