safe burglary insurance | insurans kecurian peti besi | insurans | Tiada | Polisi yang memberikan perlindungan ke atas kehilangan harta yang disimpan dalam peti besi dengan cara lain selain menggunakan kunci. |
safety deposit box insurance | insurans peti deposit keselamatan | insurans | Tiada | Polisi yang memberikan perlindungan ke atas kehilangan harta yang tersimpan dalam peti deposit keselamatan bank. |
kidnapping coverage | perlindungan penculikan | insurans | Tiada | Perlindungan terhadap seseorang yang diculik di luar perkarangan yang diinsuranskan dan dipaksa kembali dan membuka bangunan tersebut atau membuka peti besi yang terdapat di dalamnya atau memberi maklumat yang membolehkan penculik tersebut berbuat demikian. Perlindungan ini juga ditawarkan di bawah polisi jenayah seperti insurans kecurian stok terbuka merkantil atau polisi komprehensif 3-K. |
extract bank | bank ekstrak | Herba | Pemiawaian | Satu sistem penyimpanan ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti ekstrak daripada kerosakan. Contohnya, bank ekstrak di makmal fitokimia menyediakan peti penyimpanan sejuk yang telah dilabelkan mengikut abjad. |
e-waste | e-buangan/e-sisa | Alam Sekitar | Tiada | Buangan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa secara berjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar. |
tangible goods | barang ketara | Ekonomi | Tiada | Barang yang ada bentuk fizikal, yang dapat dilihat dan dirasa. Misalnya, getah, kelapa sawit, dan timah. Barang ketara terbahagi kepada barang tahan lama, seperti peti sejuk dan kereta, dan barang tak tahan lama, seperti makanan. |
compound bank | bank sebatian | Herba | Pemiawaian | Satu sistem penyimpanan sebatian tulen ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti sebatian tersebut daripada kerosakan. Contohnya, bank sebatian di makmal fitokimia menyediakan peti desikator yang dilabelkan mengikut abjad. |
Egyptian style | gaya Mesir | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya perabot yang diperkenalkan pada zaman Mesir purba dari tahun 4000 SM hingga 300 M, yang berasaskan bentuk-bentuk piramid, batu obelisk, monolit, pilon dan tiang teratai. Bentuk perabot ini mengandungi peti, meja, kerusi lipat dan bangku berkaki silang serta tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Motif yang biasa digunakan adalah seperti cakera solar, sfinks, kambing gurun, mensiang, lili atau bakong. |
literal image | citra harfiah | Kesusasteraan | Puisi | Penggambaran atau pelukisan sesuatu sama ada objek ataupun tokoh secara langsung tanpa menggunakan lambang. Justeru segala diksi, frasa dan kalimat yang dibentuk oleh pengarang adalah merujuk kepada kenyataannya, bukan makna di sebaliknya. Contohnya, Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. |
crossed rhyme | rima silang | Kesusasteraan | Puisi | Rima akhir pada bait atau rangkap yang mempunyai baris genap seperti pantun empat kerat. Perkataan akhir dalam baris pertama rimanya sama dengan rima pada perkataan akhir baris ketiga. Seterusnya rima pada perkataan akhir dalam baris kedua sama dengan rima pada perkataan akhir dalam baris keempat ab a b. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. |