Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tu.gas] | ڤتوݢس

Definisi : orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tu.gas] | ڤتوݢس

Definisi : orang yg bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political workerpetugas politikSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang bekerja untuk sesuatu organisasi atau parti politik sama ada secara sukarela atau dengan mendapat bayaran untuk perkhidmatannya. Petugas ini ditempatkan di pejabat atau markas parti dan melaksanakan segala bentuk kerja perkeranian dan pentadbiran seperti surat-menyurat, penyimpanan fail, rekod serta perhubungan antara ahli politik. Dalam menghadapi pilihan raya, petugas ini akan melaksanakan kerja yang berkaitan dengan kempen, pendaftaran, penyebaran poster, manifesto dan sebagainya. Petugas ini mungkin tidak memahami sepenuhnya ideologi atau sejarah parti tetapi melakukannya sebagai satu pekerjaan. Contohnya, petugas politik di Biro Pengaduan MCA akan menyelesaikan pelbagai masalah orang ramai yang datang mengadu ke pejabat biro tersebut.
religious fictionfiksyen keagamaanKesusasteraanTiadaFiksyen tentang agama, pemimpin atau petugas agama. Contohnya, ulama bagi Islam, paderi bagi Kristian, dan sami bagi agama Buddha. Fiksyen jenis ini terdapat dalam karya Anthony Trollope, atau dalam novel tentang penyelamatan peribadi seperti Siddhartha oleh Herman Hesse. Fiksyen kontemporari kerap kali mempersendakan agama dengan menonjolkan sifat kepura-puraan dan kehalobaan seseorang pemimpin agama. Contohnya novel tok Guru dan novel Ummi dan Abang Syeikhul oleh Shahnon Ahmad. Sesetengah karya fiksyen menangani isu agama secara serius, contohnya novel Khutbah di Atas Bukit oleh Kuntowijoyo.
hazmat suitsut hazmatKesihatan AwamTiadaPakaian yang direka khas untuk melindungi petugas daripada bahan berbahaya, seperti bahan kimia dan agen biologi. Hazmat berasal daripada kependekan perkataan "hazardous" dan "material".
isolationpengasinganKesihatan AwamTiadaPemisahan seseorang atau sesuatu kumpulan daripada orang lain, kecuali petugas yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pemisahan tersebut, untuk mencegah perebakan sesuatu penyakit berjangkit dan memberikan rawatan kepada mereka.
delegated supervisionpenyeliaan wakilanKesihatan AwamTiadaPengawasan terhadap aktiviti kawalan jangkitan oleh pihak petugas yang diberikan kuasa oleh Jabatan Kesihatan.
face shieldpelindung mukaKesihatan AwamTiadaKelengkapan perlindungan diri (PPE) yang dipakai pada muka petugas untuk mencegah atau mengurangkan risiko terkena percikan darah, cecair badan, perkumuhan, atau rembesan yang memudaratkan daripada pesakit.
exposed patientpesakit terdedahKesihatan AwamTiadaIndividu yang mudah terdedah dengan sebarang jangkitan daripada individu lain seperti petugas jagaan kesihatan, pesakit atau pelawat.
messenger robbery insuranceinsurans rompakan pengutusinsuransTiadaPerlindungan ke atas wang dan harta yang ada di tangan petugas luar premis. Contoh: apabila seseorang pekerja membawa wang untuk didepositkan di bank.
negative pressure ambulanceambulans tekanan negatifKesihatan AwamTiadaAmbulans yang mempunyai pelbagai ciri tekanan negatif seperti sistem penapisan HEPA dan lampu UV khusus bertujuan untuk membersihkan udara dan memerangkap virus daripada merebak ketika petugas merawat kes penyakit berjangkit jenis bawaan udara. Ambulans ini turut dilengkapi dengan pod isolasi yang diperbuat daripada filem TPU khas dengan tiang ABS untuk kuatkan struktur usungan. Penggera keselamatan juga tersedia di kabin ambulans dan ruang pengasingan.

Kembali ke atas