Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tun.ju/] | ڤتونجوق

Definisi : ark 1. sesuatu yg menunjuk atau menunjukkan (tanda, isyarat, dll), tanda dll yg memberitahu tentang sesuatu: pemandu-pemandu kereta sangat sedikit yg mematuhi ~-~ jalan raya; 2. ketentuan yg harus dipatuhi, syarat: sebelum memakan ubat ini, ~ yg dikembarkan ini hendaklah dibaca dgn teliti; 3. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: esei-esei yg dikumpulkan di dlm Renung-an penuh dgn seruan dan ~ utk menyedarkan dan membangunkan masyarakat; 4. bisikan hati (yg datang drpd Tuhan), ilham: mene-rima ~ Tuhan; 5. sesuatu yg menjadi panduan (utk melakukan sesuatu), rujukan: buku ini adalah ~ yg baik bagi penggemar-peng-gemar kesusasteraan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tun.ju/] | ڤتونجوق

Definisi : 1 tanda atau isyarat yg mem­beritahukan sesuatu: Semua pemandu mesti patuh pd ~-~ jalan raya. 2 ajaran atau nasihat: ~ guru itu jangan disia-siakan. 3 sesuatu yg menjadi panduan utk melakukan sesuatu; rujukan: Buku ini menjadi ~ kpd penuntut-penuntut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regional inequalitiesketakseimbangan wilayahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan tidak setara antara wilayah dari segi fizikal, sosial, dan ekonomi berdasarkan petunjuk-petunjuk tertentu.
hole type image quality indicatorpetunjuk kualiti imej jenis lubangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLihat petunjuk kualiti imej (IQI).
wire type image quality indicatorpetunjuk kualiti imej jenis dawaiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLihat petunjuk kualiti imej (IQI).
descriptorpetunjukPendidikanTiadaSkala yang digunakan bagi menentukan kedudukan sesuatu prestasi atau produk dalam pentaksiran.
false indicationpetunjuk palsuTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikTanda-tanda yang memberikan maklumat palsu tentang keadaan bahan atau sampel ujian. Tanda-tanda ini terdapat pada semua kaedah ujian tanpa musnah. Contohnya, dalam kaedah ujian radiografi, filem yang tercalar mungkin ditafsirkan sebagai terdapatnya keretakan pada bahan sedangkan bahan itu berada dalam keadaan yang selamat. Dalam ujian ultrasonik, isyarat yang diterima mungkin bukan daripada ketakselanjaran, tetapi disebabkan oleh reka bentuk komponen.
value indexpetunjuk nilai/indeks nilaiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
price indexpetunjuk harga/indeks/hargaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
index mappeta petunjukPenilaian Harta TanahTiadaTiada
image quality indicator (IQI)petunjuk kualiti imej (IQI)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeranti ringkas yang digunakan untuk mengukur kepekaan radiograf. Peranti ini diperbuat daripada bahan yang serupa dengan sampel ujian seperti keluli dan aluminium. Peranti ini diletakkan pada permukaan sampel menghadap sumber sinaran atau menghadap medium pengimejan. Reka bentuk IQI mestilah menurut standard tertentu seperti MS, ASTM, atau ISO. Terdapat dua jenis IQI, iaitu jenis dawai dan jenis lubang. Imej IQI perlu kelihatan pada imej radiografi dan saiz lubang atau dawai yang perlu kelihatan, ditentukan oleh standard ujian yang diterima pakai. IQI jenis lubang keluaran ASTM turut dikenali sebagai penetrameter.
Runkel rationisbah RunkelBuluhTiadaPetunjuk bagi menentukan kualiti gentian untuk penghasilan pulpa dan kertas. Nilai nisbah Runkel kurang daripada 1 akan menghasilkan pulpa dan kertas yang berkualiti. Nilai nisbah ini ditentukan sebagai dua kali ketebalan dinding gentian dibahagikan dengan diameter lumen gentian. nisbah Runkel = (2 x ketebalan dinding gentian)/diameter lumen gentian
1234

Kembali ke atas