Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.wa.ri.san] | ڤواريثن

Definisi : perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.wa.ri.san] | ڤواريثن

Definisi : perbuatan, hal dsb mewarisi atau mewariskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pewarisan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polygenic inheritancepewarisan poligenikBiologiTiadalih. pewarisan kuantitatif.
inheritance fraudpenipuan pewarisanKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang melibatkan penipuan berkaitan dengan pewarisan seperti hak terhadap harta pusaka, kewangan dan identiti waris.
hereditypewarisanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenurunan ciri genetik daripada ibu bapa kepada anak. Ciri yang diwariskan terletak dalam DNA sperma dan ovum serta diwariskan semasa berlaku persenyawaan.
epistasisepistasisBioinformatikBioinformatik MolekulBentuk pewarisan bukan Mendelian apabila satu alel bagi satu gen boleh mengganggu pengekspresan alel yang satu lagi. Fenomena interaksi antara alel-alel ini memberi kesan kepada fenotip. Terdapat tujuh jenis interaksi, iaitu dominan, resesif, perencatan dominan, dominan resesif, interaksi gen polimorfik, dominan pendua dan resesif pendua.
cytogeneticssitogenetikBiologiTiadaKajian tentang pewarisan sel dan kromosomnya.
paternal epigenomeepigenom paternalBioinformatikBioinformatik MolekulPewarisan epigenetik sebelah bapa yang membabitkan perubahan kimia pada DNA dan protein histon organisma, yang mengakibatkan perubahan pada struktur kromatin dan fungsi genom.
microsatellite analysisanalisis mikrosatelitBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk mengenal pasti pewarisan gen berdasarkan DNA mikrosatelit. Kaedah ini diaplikasikan dalam bidang sains forensik. Contohnya untuk mengenal pasti penjenayah atau penentuan ibu bapa. Lihat juga DNA mikrosatelit.
incomplete dominancedominan tak lengkapPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu bentuk pewarisan pertengahan bagi haiwan yang mempunyai alel dominan dan resesif (heterozigus). Dalam dominan tak lengkap, salah satu alel tidak akan memberikan kesan fenotip dengan menyingkirkan kesan alel yang kedua, tetapi kesan fenotip yang terhasil ialah percampuran kedua-dua alel tersebut.
LamarckismLamarckismeGeologiTiadaTeori yang menyatakan bahawa evolusi organik berlaku menerusi pewarisan pengubahsuaian yang disebabkan oleh persekitaran, dan oleh kesan penggunaan dan penyahgunaan organ.
genomic imprintingpeneraan genomikBioinformatikBioinformatik MolekulFenomena epigenetik yang merujuk pada pengekspresan gen yang bergantung pada pewarisan induk. Peneraan genomik memberi kesan langsung kepada fenotip. Pelbagai jenis peneraan genomik dapat ditemui di dalam fungi, tumbuhan dan haiwan.
12

Kembali ke atas