Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Kim) ukuran tentang keasidan atau kealkalian sesuatu larutan dgn skala antara 0 hingĀ­ga 14, iaitu pH 7 menunjukkan larutan yg neutral, kurang drpd pH 7 menunjukkan larutan berasid, dan lebih drpd pH 7 menunjukkan larutan beralkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist ukuran yg berupa angka, ttg keasidan atau kealkalian sesuatu larutan (iaitu 7 menunjukkan neutral, kurang drpd 7 ialah asid dan lebih drpd 7 ialah alkali). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ph


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pH valuenilai pHKimiaTiadaNilai yang mewakili keasidan atau kealkalian larutan akueus. Nilai pH bersama nilai negatif logaritma salingan kepekatan ion hidrogen di dalam larutan, iaitu, pH = -log10[H+] Air tulen yang mempunyai nilai pH 7 digunakan sebagai piawai untuk memperoleh nilai pH larutan lain. jika asid ditambahkan ke dalam air tersebut, kepekatan ion hidrogen akan bertambah, dengan demikian nilai pH pun menurun. Nilai pH yang kurang daripada 7 menunjukkan keasidan dan nilai pH yang melebihi 7 menunjukkan kealkalian. Perubahan nilai pH dapat dikesan dengan menggunakan penunjuk seperti metil jingga, fenolftalein dan kertas litmus. Pengawalan nilai pH sangat penting dalam kebanyakan tindak balas kimia dan operasi industri seperti penulenan air, pengawetan bahan makanan, pengelektrosaduran dan pencelupan.
rumen pHpH rumenVeterinarTiadaNilai pH dalam cairan rumen yang membolehkan pencernaan bahan berserabut oleh mikroorganisma berlaku. Biasanya, pH berada pada aras 5.5-6.5 untuk pencernaan bahan serabut yang sempurna. Bagi ternakan ruminan yang memakan konsentrat, pengeluaran asid berlaku dengan cepat dengan rembesan air liur yang sangat sedikit. Dalam keadaan begini, pH menurun kepada 4.5-5.0 dan tidak sesuai untuk protozoa mencerna. Oleh itu, protozoa sangat sedikit didapati dalam ternakan yang diberi makanan konsentrat. Dalam keadaan lebih serius yang melibatkan pemberian konsentrat secara mendadak, pH boleh menurun sehingga 3.5-3.8 dan menyebabkan berlakunya asidosis. Keadaan ini boleh dipulihkan dengan memberi larutan beralkali seperti natrium bikarbonat atau kalsium hidroksida. Lihat juga asidosis.
aciditykeasidanPertanianAgroteknologiDarjah kemasaman larutan dan medium. Tahap keasidan diukur dengan menggunakan skala pH, iaitu daripada pH 1 hingga pH 14. Nilai pH 1 hingga 6 dianggap berasid, nilai pH 7 adalah neutral manakala nilai yang melebihi 7 adalah beralkali. pH merujuk kepada aktiviti ion hidrogen (H+) dalam larutan; semakin tinggi aktiviti ion hidrogen, semakin rendah nilai pHnya dan menyebabkan keasidannya meningkat. Contoh bahan yang tinggi keasidannya ialah jus limau, manakala kapur dan sabun pula ialah contoh bahan yang tinggi kealkaliannya.
ultimate pHpH muktamadMakanan dan PemakananTeknologi MakananpH terakhir yang dicapai oleh daging dalam masa 24 jam selepas penyembelihan, disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dalam tisu otot. Biasanya, penurunan pH ialah daripada 7.2-7.4 kepada 5.3-5.5.
arterial pHpH arteriPerubatanTiadaKeadaan keasidan atau kebesan darah arteri. Julat normalnya ialah antara 7.35 hingga 7.45. Darah arteri yang mempunyai nilai pH kurang daripada 7.35 boleh dikategorikan dalam keadaan asid (asidosis) manakala darah arteri yang bernilai pH lebih daripada 7.35 pula dapat dikategorikan dalam keadaan bes (alkalosis).
critical pHpH gentingPerubatanTiadapH yang menentukan sama ada perubahan penting berlaku ataupun tidak.
abrasion pHpH lelasanGeologiTiadaNilai pH yang dicapai oleh ampaian mineral halus di dalam air, terhasil daripada tindak balas larutan atau hidrolisis kompleks.
pHpHKejuruteraanTiadaTiada
soil pHpH tanahGeografiTiadaTiada
optimum pHpH optimumKimiaTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas