Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
piagam (kata nama)
Bersinonim dengan carter, perlembagaan, peraturan, undang-undang, hukum, ketetapan, ketentuan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clients charterpiagam pelangganPentadbiranPentadbiran Awam

Penyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Piagam pelanggan biasanya menyatakan kesediaan perkhidmatan yang ditawarkan, layanan mesra yang diberikan, kecekapan pemprosesan yang dilaksanakan dan nilai-nilai kesopanan di dalam budaya kerja. Piagam ini perlu dipamerkan di tempat yang strategik di pejabat dan disebarkan untuk pengetahuan umum. Piagam Pelanggan harus mempunyai ciri-ciri yang jelas, khusus atau spesifik, kebolehpercayaan, senang disebar, praktikal dan boleh ditambah baik. Piagam Pelanggan ini terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil. 3 Tahun 1993). Antara faedah utama piagam pelanggan ialah untuk melahirkan kakitangan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia meningkatkan akauntabiliti serta memberi petunjuk prestasi spesifik dalam membuat sesuatu penilaian.

operational goalsmatlamat operasiPentadbiranPentadbiran Awam

Objektif atau orientasi pentadbiran yang ingin dicapai dalam sesebuah organisasi. Matlamat orientasi ini berteraskan misi dan wawasan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan yang melibatkan perancangan rapi, kaedah pengurusan yang tepat, strategi pelaksanaan, pengawasan dan penilaian. Dalam konteks pentadbiran awam, matlamat operasi sentiasa bersandarkan kepada piagam pelanggan, prosedur dan peraturan-peraturan tertentu yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam.

organisational climateiklim organisasiPentadbiranTiada

Budaya, amalan dan persekitaran yang wujud dalam sesebuah organisasi. Persekitaran organisasi yang kondusif, hubungan antara pekerja, sikap majikan, kaedah dan gerak kerja, etika pekerjaan, misi dan visi organisasi, piagam pelanggan dan sebagainya akan mempengaruhi iklim dalam sesebuah organisasi. Iklim antara sebuah organisasi dengan organisasi yang lain biasanya berbeza kerana banyak bergantung pada sikap individu dalam organisasi tersebut. Sekiranya kakitangan dan majikan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, terhindar daripada karenah birokrasi yang tinggi, maka secara tidak langsung terbukti bahawa organisasi tersebut mempunyai iklim yang positif dan begitu juga sebaliknya.
corporate identityidentiti korporatKomunikasiKorporatGambaran mengenai sesebuah syarikat atau organisasi yang diterima oleh khalayak. Gambaran ini bersumber daripada lambang dan pernyataan yang dipaparkan atau tercatat bagi mewakili sesebuah syarikat atau organisasi. Gambaran ini wujud dalam unsur yang digabungkan untuk membentuk identiti atau keperibadian sesebuah syarikat. Antaranya termasuklah logo, warna, nama, slogan, pakaian seragam, reka bentuk bangunan, piagam pelanggan, dan falsafah organisasi. Sebarang bentuk pengiklanan, publisiti, kempen, promosi atau pengendalian aktiviti yang dilakukan oleh syarikat yang perlu mengandungi unsur tersebut bagi memastikan sesuatu yang dilakukan itu mencerminkan keperibadian syarikat berkenaan. Syarikat tersebut tidak menyokong sebarang aktiviti, projek, atau kempen yang bertentangan dengan falsafah organisasi. Identiti korporat yang stabil dan baik akan dapat mewujudkan tanggapan dan kepercayaan positif dalam khalayak terhadap syarikat. Tanggapan dan kepercayaan yang baik akhirnya akan menghasilkan citra korporat yan
proposalkertas cadanganKomunikasiKorporatSatu set kenyataan bertulis yang mengandungi idea mengenai sesuatu aktiviti yang akan dijalankan. Pada kebiasaannya, terdapat sekurang-kurangnya sepuluh unsur yang terkandung dalam kenyataan bertulis. Unsur tersebut ialah tajuk projek, latar belakang dan rasional aktiviti yang akan dilaksanakan, tujuan umum dan objektif, matlamat akhir, khalayak sasaran, tenaga sokongan dan kepakaran, implikasi dan sumber kewangan, format aktiviti, kaedah dan jadual pelaksanaan projek, dan faedah yang bakal diperoleh oleh organisasi. Fungsi penyediaan kertas cadangan adalah untuk menjadi panduan kepada pihak pelaksana projek bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi. Kertas cadangan yang diluluskan akan menjadi panduan kepada pihak pelaksana untuk memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual. Contohnya, aktiviti Hari Bertemu Pelanggan, kempen piagam pelanggan, sambutan Hari Keluarga, dan cadangan untuk membuat penerbitan.
issues managementpengurusan isuKomunikasiKorporatSistem, proses, dan kaedah untuk menguruskan sesuatu isu yang berkaitan dengan sesebuah organisasi. Sesuatu isu dilihat sebagai penting apabila dijangka boleh meninggalkan kesan negatif kepada organisasi atau individu utama dalam organisasi yang boleh menjejaskan citra dan mengurangkan kewibawaan organisasi. Dalam syarikat perniagaan, kesan negatif yang terhasil boleh mengancam pasaran barangan dan menjejaskan reputasi syarikat untuk jangka panjang. Pada kebiasaannya, sesebuah organisasi telah menyediakan satu kaedah atau manual yang teruji bagi mengesan dan menangani sesuatu isu yang timbul. Pengurusan isu biasanya dipantau dan ditadbir oleh bahagian pengurusan korporat sesebuah organisasi. Contoh isu yang perlu diurus oleh sesebuah organisasi ialah pengedaran barangan yang tidak menepati spesifikasi, pemberian perkhidmatan yang tidak mematuhi piagam pelanggan, dan pelanggaran etika tadbir urus korporat oleh ketua eksekutif.

Kembali ke atas