protest movement | gerakan protes | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan membantah yang dibuat oleh satu organisasi rasmi atau kelompok orang kebanyakan yang tidak rasmi kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti. Bantahan ini dibuat dalam bentuk demonstrasi, piket, penyerahan surat atau memo, tidak hadir bekerja atau berhenti secara beramai-ramai. Bantahan seperti demostrasi dan piket ditunjukkan kepada orang awam bagi menarik simpati atau sokongan. Biasanya gerakan seperti ini tidak melakukan keganasan. Contohnya, penyerahan memo oleh beberapa NGO kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai gerakan protes mereka terhadap serangan kuasa besar itu ke atas Iraq. |
civil disobedience | keingkaran awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tentangan atau bantahan politik yang diwujudkan oleh rakyat terhadap kerajaan yang berasaskan kepada prinsip moral. Bantahan ini tidak melibatkan unsur pertentangan fizikal antara rakyat dengan pihak kerajaan tetapi diluahkan secara aman dan teratur seperti mogok, piket atau demonstrasi. lstilah ini pertama kali digunakan oleh seorang pemikir politik Inggeris iaitu H.D. Thoreau (1849) dan Mahatma Gandhi pula merupakan tokoh yang menjadikan pendekatan ini sebagai realiti dalam usaha beliau menentang penjajahan lnggeris di India. Salah satu gerakan bantahan yang dilancarkan oleh Gandhi ialah Perarakan Dandi pada tahun 1930-1931. |
selective mobilization | kerahan terpilih | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerahan tenaga yang dilaksanakan apabila berlaku bencana yang tidak begitu serius atau yang tidak mengancam keselamatan nasional. Kerahan tenaga ini hanya melibatkan mereka yang terpilih bagi mengawal keadaan seperti pihak tentera atau polis. Contohnya, kerahan tenaga semasa berlakunya mogok, demonstrasi atau piket. |
participatory democracy | demokrasi penyertaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang menggambarkan penyertaan awam yang tinggi dalam politik. Parti politik, goIongan pendesak, media, pelajar dan individu amnya bergiat aktif, sensitif dan peka terhadap pemerintahan negara. Mereka bersaing dalam mempengaruhi dasar dengan melakukan tindakan seperti melobi, mendesak, menggunakan media, menulis surat kepada wakil rakyat atau pejabat kerajaan, menganjurkan piket atau demonstrasi secara aman dan pelbagai tindakan lain dalam memperjuangkan hak dan memelihara kepentingan mereka. Pemerintah dalam negara ini memberi ruang yang luas kepada orang ramai untuk bergiat dalam semua aktiviti. Dalam sistem ini, undang-undang dan agensi pemerintah tidak meletakkan sekatan yang tinggi kepada orang ramai. Contoh negara yang mengamalkan demokrasi penyertaan ialah United Kingdom. |
political order | aturan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima. |