shadow cabinet | kabinet bayangan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kabinet yang dibentuk oleh sekelompok pemimpin parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya bagi menggantikan kabinet sebenar kerajaan apabila mereka menang dalam pilihan raya yang menjelang. Kabinet bayangan merupakan satu usaha persediaan awal yang menjadi harapan kepada parti pembangkang untuk menangani keadaan sekiranya mereka menang dalam pilihan raya tersebut. Kabinet ini sedia membahagikan portfolio atau tugas masing-masing supaya tidak berlaku salah faham atau perebutan sekiranya mereka berjaya dalam pilihan raya itu. Kabinet ini biasanya dipimpin oleh ketua parti pembangkang. Contohnya, ketua parti pembangkang Great Britain sudah bersedia dengan senarai kabinet bayangan bagi menghadapi pilihan raya umum negara tersebut. |
poll | pengundian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara. |
alternative vote | undi alternatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kaedah pemilihan yang dilakukan untuk memilih calon yang mendapat undi majoriti. Kaedah ini dipraktikkan dengan mengarahkan pengundi menyenaraikan calon berasaskan kepada susunan kedudukan tertinggi dan terendah. Calon yang paling banyak mendapat kedudukan tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Kaedah ini diamalkan dalam parlimen Australia, pilihan raya umum Perancis dan pemilihan kepimpinan Parti Buruh Great Britain. Sinonim sistem pengundian alternatif. |
secret ballot | undi sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemilihan yang dilakukan secara rahsia. Dalam pengundian ini, setiap pemilih tidak mengetahui pilihan yang dibuat oleh pengundi lain. Pengundian sulit biasanya dilaksanakan secara kertas undi dan tidak secara terbuka dengan mengangkat tangan. Pengundi yang memilih calon yang bersaing hanya perlu menanda dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi yang terkawal. Tujuan undi sulit dilaksanakan adalah untuk tidak mempengaruhi proses pengundian dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengundi untuk membuat pemilihan tanpa merasa tekanan. Pada zaman moden ini, kemudahan komputer banyak digunakan untuk menjalankan pengundian sulit ini. Contohnya, pengundian dalam pilihan raya umum Malaysia dijalankan secara undi sulit. |