Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2. (berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati; memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku; kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : ark pilau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lu] | ڤيلو

Definisi : sangat sedih atau hiba; terharu: Hiba dan ~ hatinya mendengar kata-kata anaknya. memilukan menyebabkan berasa pilu; menyedihkan; mengharukan: Terdengar bunyi tangisan yg ~ hati. kepiluan keadaan atau rasa pilu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilu
Rujuk :masyghul

Puisi
 

Anak yu mati terlentang,
     Mati ditikam duri semilang;
Pilu hati bukan kepalang,
     Gunung tinggi menjadi padang.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dysfunctional griefpilu melampauKejururawatanTiadaPerasaan pilu atau sedih yang keterlaluan dan berpanjangan kerana kehilangan sesuatu. Keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan seseorang.
anticipatory griefpilu dugaKejururawatanTiadaPerasaan sedih yang amat sangat yang ditanggung oleh pesakit atau keluarganya kerana akan kehilangan sesuatu. Contohnya kehilangan anggota badan atau menghadapi kematian.
sadnesskesedihanKejururawatanTiadaPerasaan muram dan pilu yang dirasai oleh pesakit akibat menderita sakit.
lonelinesskesepianKejururawatanTiadaPerasaan sedih dan pilu kerana kekurangan teman dan perhatian.
psychotic depressionkemurungan psikotikPerubatanPsikiatriPerasaan sedih atau pilu yang disertai dengan gejala psikotik.
complaint versesajak ratapanKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa persoalan dan perasaan duka, sedih, pilu, muram, murung dan scndu. Puisi ini mencitrakan sesuatu peristiwa atau tragedi, umpamanya kematian seseorang tokoh, pembesar dan pemimpin yang dihormati dan disanjungi. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" dalam kumpulan Duri dan Api karya Usman Awang.
lamentrintihanKesusasteraanPuisiPuisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.
laypuisi dendangKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu.

Kembali ke atas