Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sbg yg sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yg kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; sepincang Jk satu sen setengah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak dpt berjalan dgn betul kerana cacat kakinya dll; incut; tempang: berjalan ~. 2 ada kekurangannya atau ada cacatnya; tidak spt yg sepatutnya: Mereka terpaksa mengharung hidup dlm suasana ~. 3 tidak betul perjalanannya (bkn enjin dll). kepincangan keadaan atau hal pincang; kecacatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pincang (adjektif)
1. Bersinonim dengan tempang: incut, capik, kecok, teweng, rengkat, kipa, pecok, pengkar,

2. Bersinonim dengan cacat: cacat cela, cela,

Kata Terbitan : kepincangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chemical sensor chemochromicsensor kimia kemokromikFizikNanoteknologiPenderia yang dibuat berasaskan perubahan warna cahaya LED yang dipantulkan oleh pigmen filem tipis apabila terdedah kepada gas. Sistem sensor ini terdiri daripada berbilang LED yang mempunyai dua fungsi. Setiap LED menjadi pemancar cahaya apabila diberi pincang ke depan dan sebagai pengesan cahaya apabila diberi pincang songsang. Dengan mengenakan pincang secara ulang-alik, sistem ini dapat bertindak sebagai sensor yang tahan lasak, jimat dan jangka hayat yang panjang. Contohnya, dalam pengesanan gas hidrogen.
biaspincangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPerihal pengutuban yang dikenakan pada diod sama ada ke arah hadapan atau songsang.
Coulomb blockade nanotubenanotiub penghalang CoulombFizikNanoteknologiNanotiub yang meningkatkan rintangan pada voltan pincang kecil dalam alat elektronik yang mengandungi sekurang-kurangnya satu simpang terowong kapasitans rendah. Proses ini berlaku berasaskan kesan penghalang Coulomb yang hanya terdapat pada bahan berstruktur nano seperti nanotiub dan bintik kuantum.
Coulomb blockadepenghalang CoulombFizikNanoteknologiAlat untuk menghalang pemindahan elektron ke dalam daerah yang menghasilkan perubahan tenaga elektrostatik melebihi tenaga terma. Jika daerah tersebut dicirikan dengan kapasitans C, tenaga elektrostatik bertambah sebanyak e2/2C dengan kehadiran suatu elektron. Dalam struktur makro, perubahan tenaga ini tidak ketara manakala dalam struktur nano terutamanya dalam bintik kuantum, syarat e2/2C melebihi tenaga terma kBT amat ketara. Perubahan dalam tenaga elektrostatik yang disebabkan oleh pemindahan elektron tunggal terhasil dalam jurang tenaga e2/2C dalam spektrum tenaga pada aras Fermi dikenali sebagai jurang Coulomb. Kemasukan elektron dalam rejim penghalang Coulomb disekat sehingga jurang tenaga diatasi oleh medan pincang. Fenomena ini berlaku dalam penerowongan elektron tunggal. Sinonim jurang Coulomb.

Kembali ke atas