Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.ja.man] | ڤينجمن

Definisi : 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.ja.man] | ڤينجمن

Definisi : 1 apa-apa yg dipinjam atau dipinjamkan: buku ~. 2 hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,

Puisi
 

Halia ini halia tanaman,
     Tempat hiris bintang berlenguh;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat juga tempat yang sungguh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai menyesah kain dapat.

Bermaksud :

Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja. menyesah = memukul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agricultural bankbank pertanianEkonomiTiadaBank yang fungsi utamanya memberi pinjaman kepada petani, nelayan, dan penternak untuk menjalankan perusahaan pertanian. Bank ini beroperasi seperti bank pinjaman, tetapi pinjaman diberi dengan kadar bunga yang lebih rendah daripada kadar bunga pasaran dan dengan syarat yang longgar.
cagamas bondbon cagamasEkonomiTiadaBon yang dikeluarkan oleh Perbadanan Cagaran Malaysia (Cagamas) Berhad yang bertujuan mewujudkan pasaran peringkat kedua bagi pinjaman utama, terutama pinjaman perumahan. Cagamas Berhad bertindak sebagai pengantara antara pemberi pinjaman utama dan pelabur, iaitu dengan membeli pinjaman perumahan yang belum terjelas daripada bank atau institusi kewangan, dan pada masa yang sama menerbitkan bon cagamas untuk dijual kepada orang ramai untuk membiayai pembelian tersebut.
insured loanpinjaman berinsuransinsuransTiadaPinjaman yang memerlukan polisi insurans sebagai jaminan.
policy loanpinjaman polisiinsuransTiadaPinjaman yang diberi oleh insurer kepada pemegang polisi dengan dijamin oleh sebahagian atau kesemua nilai tunai polisi hayat.
amortized loanpinjaman terlunasinsuransTiadaPinjaman yang diselesaikan melalui bayaran berkala.
capital accountakaun modalEkonomiTiadaAkaun yang mencatatkan pergerakan modal antarabangsa. Akaun modal terdiri daripada modal jangka pendek dan modal jangka panjang yang dimiliki oleh pihak swasta dan kerajaan. Misalnya, pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang yang dibuat atau yang diterima oleh pihak swasta dalam negeri daripada pihak swasta luar negeri.
self-liquidatingcair sendiriEkonomiTiadaPinjaman pelaburan atau bil pertukaran yang mempunyai risiko yang rendah, dan yang berkeupayaan untuk menyelesaikan bayaran pinjaman daripada hasil yang diperoleh daripada pelaburan atau penjualan bil pertukaran tersebut.
self-liquidatingcair sendiriEkonomiTiadaPinjaman pelaburan atau bil pertukaran yang mempunyai risiko yang rendah, dan yang berkeupayaan untuk menyelesaikan bayaran pinjaman daripada hasil yang diperoleh daripada pelaburan atau penjualan bil pertukaran tersebut.
amortization schedulejadual lunasinsuransTiadaJadual yang menunjukkan bayaran berkala baki pinjaman dan faedah dibayar dan sebagainya berhubung dengan sesuatu pinjaman.
revolving funddana pusinganEkonomiTiadaStok wang yang dikumpulkan khas untuk tujuan pinjaman perniagaan. Dana pusingan akan diisi semula oleh pembayaran semula pinjaman. Dengan itu, wang yang terkumpul boleh dipinjam lagi kepada orang lain atau kepada orang yang sama juga. Oleh itu dana yang ada sentiasa keluar masuk.
123456

Kembali ke atas