mobile learning (m-learning) | pembelajaran bergerak (m-pembelajaran) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah pembelajaran menerusi penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan jam pintar. |
contactless payment | pembayaran tanpa sentuh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah pembayaran yang selamat bagi pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan dengan mengetik kad debit, kad kredit, kad pintar atau peranti lain seperti telefon pintar pada terminal pembayaran yang mempunyai simbol tanpa sentuh. Pembayaran tanpa sentuh menggunakan teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID) atau komunikasi medan dekat (NFC) seperti Samsung Pay, Apple Pay dan Google Pay. |
mobile health | kesihatan mudah alih | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Aplikasi yang berkaitan dengan amalan perubatan dan kesihatan awam yang disokong oleh peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar. Aplikasi ini membantu mengumpul data kesihatan klinikal, menghantar maklumat penjagaan kesihatan kepada para pengamal, penyelidik, dan pesakit serta memantau tanda-tanda penyakit pada masa nyata. |
smart home | rumah pintar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sebuah rumah yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuninya mengawal peralatan rumah secara jarak jauh. Penghuni rumah boleh memberikan arahan kepada peralatan rumah supaya bertindak secara terautomasi mengikut kehendak penghuni. Peralatan rumah juga boleh disepadukan untuk fungsian tertentu. Contohnya, alat penggera boleh disepadukan dengan lampu dan kamera keselamatan untuk menyuluh dan mengimbas hanya di kawasan tempat penggera dibunyikan, dan seterusnya pegawai keselamatan boleh dipanggil secara automatik dan dibekalkan maklumat penggeraan secara terus-menerus. |
smart data | data pintar | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tiada |
smart material | bahan pintar | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang direka bentuk pada skala nano bagi melakukan fungsi tertentu, dan sifat fiziknya seperti mekanik, haba, optik dan elektromagnet dapat dikawal menerusi perubahan persekitaran. Contohnya, cermin kereta swagelap yang berada dalam keadaan jernih sepanjang masa, tetapi berubah menjadi gelap apabila disinari cahaya berkeamatan tinggi untuk melindungi pemandu daripada silauan. |
smart drug | drug pintar | Fizik | Nanoteknologi | Ubat yang dihasilkan menggunakan teknologi reka bentuk molekul dan nanobiologi yang dapat bertindak secara berkesan di dalam tubuh, di tempat dan pada masa yang diperlukan. Contohnya, ubat penenang dan ubat terapi molekul DNA. |
smart classroom | kelas pintar | Pendidikan | Tiada | Tiada |
selfie | swafoto | Fotografi | Tiada | Gambar seseorang yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital. |
killfie | swafoto maut | Fotografi | Tiada | Gambar seseorang yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian. |