gateway | pintu masuk | Pelancongan | Tiada | Tempat ketibaan pertama pengangkutan di sesebuah negara. |
Churrigueresque | Churrigueresque | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni bina Barok Sepanyol pada penghujung tahun 1600 dan digunakan hingga tahun 1750 yang bercirikan perincian yang ekstrem dan rumit, terutamanya pada pintu masuk utama bangunan. Gaya Churrigueresque diilhamkan oleh seorang arkitek dan pengukir bernama Jose Benito de Churriguera yang dilahirkan di Madrid. |
P'ai Lou | P'ai Lou | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gerbang kaum Cina yang berbentuk melengkung dan mempunyai satu, tiga atau lima bukaan. P'ai Lou biasanya terdapat di pintu masuk istana, jirat atau lorong yang dikhaskan untuk perarakan. P'ai Lou diperbuat daripada batu yang dibentuk atau dibina menyerupai kayu. |
cove | teluk kecil | Sains Marin | Tiada | Saluran air masuk pantai yang mempunyai pintu air masuk sempit, terlindung dan terhad. Teluk kecil sering berbentuk bulat atau bujur dan terletak dalam teluk yang lebih besar. |
gated community/ walled community | komuniti berpagar | Umum | Tiada | Kawasan kediaman atau perumahan dalam komuniti yang mempunyai dinding dan pagar bertutup, dan pintu keluar masuk yang dikawal ketat untuk pejalan kaki, dan kenderaan seperti basikal, dan sebagainya. |
doorway | ambang pintu | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang hadapan pintu yang terbuka atau ditutup, yang digunakan untuk laluan masuk atau keluar dari ruang dalam bilik atau bangunan. |