Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ta] | ڤيتا

Definisi : jalur (kain, kertas, dll) yg panjang, reben: Datuk penghulu pun menjemput beliau utk menggunting ~ yg terentang di tengah-tengah pintu masuk ke balai; ~ cukai Id pita kertas yg bertuliskan harga dan dilekatkan pd bungkusan rokok dll, ban­derol; ~ magnet pita plastik bersalut bahan bermagnet yg digunakan utk merakam bunyi atau gambar, atau utk menyimpan maklumat; ~ mesin Id tali pesawat; ~ mesin tulis pita yg berdakwat utk mesin tulis; ~ rakam (rakaman) sj pita utk merakam (menangkap) suara dgn menggunakan rakam pita; ~ suara lipatan membran dlm peti suara, yg apabila bergetar akan menghasilkan bunyi; ~ video sj pita utk merakamkan gambar dan suara supaya dapat ditayangkan kemudian pd kaca TV dgn menggunakan perakam video; berpita mempunyai pita atau dibubuh pita: topi yg ~ merah di kelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ta] | ڤيتا

Definisi : carik atau jalur kain dll yg panjang; reben. ~ magnet pita plastik bermagnet yg digunakan utk merakamkan bunyi, gambar atau data komputer. ~ politena pita yg dibuat drpd politena dan digunakan utk mengikat sesuatu. ~ rakaman alat yg menggunakan pita utk merakamkan bunyi dan utk memperdengarkan rakaman. ~ suara bahagian bawah lipatan tisu di dlm larinks yg bergetar apabila udara keluar dr paru-paru dan menghasilkan bunyi. ~ ukur pita drpd kain, logam dll yg ditandai ukuran inci, sentimeter dsb dan digunakan utk mengukur sesuatu, terutamanya semasa membuat pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pita


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gimppita hiasKesenianHiasan DalamanBingkai hiasan daripada pita tenun tirus (pita brid) yang digunakan pada kemasan perabot upholsteri bagi menyembunyikan barisan paku kecil pada perabot. Pita ini juga dijadikan sebagai satu unsur hiasan.
braidpita tenun tirusKesenianHiasan DalamanBingkai hiasan yang digunakan sebagai trimin kun atau renda dan sulaman. Biasanya, pita ini dibentuk dengan cara kemili (memilin tali kembar empat).
fringepita rumbaiKesenianHiasan DalamanBingkai hiasan daripada benang kasar yang digunakan untuk menjahit baju atau tali pintal yang tergantung bagi menutup bahagian bawah perabot. Contohnya, katil dan sofa.
handle bar tapepita hendalSukanLumba BasikalAlat yang digunakan untuk membalut hendal
demaskingnyahpitaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenanggalan semula pita perekat selepas cat kering.
maskingpenopenganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenutupan tempat tertentu dengan pita perekat untuk mengelakkan terkena semburan cat.
black-out dimensionkesan luas dimensiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKesan akibat pita perekat yang dilekatkan pada dimensi yang tidak betul.
black-out border linekesan luar garisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKesan akibat pita perekat yang dilekatkan pada garis sempadan secara tidak betul.
dysphoniadisfoniaHerbaFitoterapiKesukaran ketika bertutur akibat terdapat masalah di bahagian mulut, lidah, tekak atau pita suara.
electrical seamingmengelim elektrikKesenianHiasan DalamanKaedah jahitan tepi yang menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkan perekat termoplastik pada pita jahitan.
12

Kembali ke atas