Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pla.ti.num] | ڤلاتينوم

Definisi : (Kim) unsur logam berharga ber­warna putih kekelabuan, tidak kakis, diguna­kan sbg mangkin, utk membuat barang ke­mas, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pla.ti.num] | ڤلاتينوم

Definisi : logam berwarna putih keperak-perakan yg digunakan dlm penyaduran elektrik, utk barang-barang perhiasan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata platinum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rotating platinum electrodeelektrod platinum berputarKimiaKimia AnalisisMikroelektrod yang mengandungi wayar platinum yang dimasukkan ke dalam tiub kaca, yang dipenuhi raksa. Tiub ini dipegang oleh motor, yang memutarkannya pada halaju tetap. Ia digunakan dalam titratan amperometri.
platinum and paladium catalyticpemangkin platinum dan paladiumKejuruteraan AutomotifEnjinLihat penukar bermangkin.
catalytic convertorpenukar bermangkinKejuruteraan AutomotifEnjinAlat yang terdapat dalam sistem ekzos yang mengandungi mangkin aktif seperti platinum, paladium dan rodium. Alat ini berperanan untuk menyingkirkan atau mengurangkan gas ekzos berbahaya melalui proses tindak balas kimia. Pemangkin platinum dan paladium akan merangsang tindak balas pengoksidaan bagi karbon monoksida dan hidrokarbon tidak terbakar yang terdapat dalam gas ekzos kepada air dan karbon dioksida, sementara pemangkin podium bertindak mengurangkan gas nitrogen oksida dan menukarkannya kepada nitrogen dan oksigen. Penukar bermangkin ini biasanya berbentuk silinder bujur. Sinonim pemangkin platinium dan paladium, pemangkin podium.
gas electrodeelektrod gasKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada gas yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion gas tersebut dan biasanya dalam kehadiran logam lengai seperti platinum. Contohnya gas hidrogen yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion H+ di permukaan logam platinum.
silver coulometerkulometer perakKimiaKimia AnalisisRadas yang terdiri daripada elektrod platinum yang terendam dalam larutan akueus argentum nitrat, dan digunakan untuk mengukur cas elektrik.
hydrogen electrodeelektrod hidrogenKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada elektrod logam lengai seperti platinum yang direndamkan ke dalam larutan yang mengandungi ion H dan bersentuhan dengan gas hidrogen. Pada suhu 25°C, tekanan gas hidrogen 1 atmosfera dan kepekatan ion H+ 1 molar, elektrod ini dikenali sebagai elektrod hidrogen piawai dan mempunyai dan mempunyai keupayaan sifar volt.
mercury plated eletrodeelektrod tersalut raksaKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada logam lengai seperti platinum yang disalutkan dengan raksa dan elektrod ini mempunyai sifat seperti elektrod raksa.
placer depositmendapan plaserSains MarinTiadaJisim kelikir, pasir atau bahan yang serupa hasil penghakisan batuan pepejal dan mengandungi zarah atau ketulan emas, platinum, timah atau mineral bernilai yang lain yang berasal daripada batuan atau telerang.
aqua regiaakua regiaKimiaTiadaCampuran satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat. Campuran ini berwarna kuning dan sangat mengakis, dan disebut sebagai akua regia kerana keupayaan melarutkan logam adi seperti platinum, perak dan emas. Akua regia merupakan agen pengoksidaan yang kuat.
microelectrodemikroelektrodKimiaKimia AnalisisElektrod kerja kecil yang mempunyai luas permukaan antara 1 mm2 hingga 10mm2 dan digunakan dalam teknik polarografi ataupun teknik voltammetri yang lain. Ia dibina daripada bahan-bahan lengai yang boleh membawa arus seperti raksa, platinum, emas, perak dan grafit. Mikroelektrod biasanya terdiri daripada dawai halus atau ceper yang diletakkan di dalam tiub kaca, kecuali jika ia dibina daripada raksa.
12

Kembali ke atas