Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plot's


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thermodynamic diagramgambar rajah termodinamikKejuruteraanKejuruteraan KimiaPlot tekanan P, suhu T, isi padu V, entalpi H, dan entropi S sesuatu bahan di atas satu lakaran. Antara gambgar rajah termodinamik yang biasa terdapat ialah rajah T/S, P/H, dan H/S.
Duhring�s ruleaturan DuhringKejuruteraanKejuruteraan KimiaAturan yang menyatakan bahawa suhu didih sesuatu larutan berfungsi secara linear dengan suhu didih larutan berkepekatan tertentu diplot melawan suhu didih air pada tekanan yang serupa, plot berbentuk linear akan terhasil.
Reiner-Riwlin equationpersamaan Reiner-RiwlinKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan yang menghubungkan daya kilasan dengan kadar putaran bagi viskometer jenis Couette atau Stromer yang dijelaskan sebagai (rujuk m/s 307) dengan G = kilasan, W = kadar putaran, t0 = tegasan ricih, m0 = kelikatan, R1 = jejari silinder dalam, R2 = jejari silinder luar. Daripada plot kilasan G melawan kadar putaran W, nilai kelikatan ialah cerun plot tersebut.
novelnovelKesusasteraanTiadaFisyen yang menampilkan watak, plot, latar, peristiwa dan sudut pandangan secara tersusun. Novel dibangunkan untuk memaparkan pertikaian, ketegangan dan konflik yang biasanya dileraikan pada akhir cerita. Kisah atau cerita dalam novel agak panjang, biasanya melebihi 5000 patah perkataan. Ada pelbagai jenis novel antaranya, novel gotic. Pikares, picisan, psikologi, romantik dan lain-lain. Antara kategori novel ialah novel dewasa, remaja dan kanak-kanak. Novel mengetengahkan tema yang pelbagai, biasanya mengandungi unsur pengajaran. Contoh novel ialah Hujan Sudah Teduh oleh Zaharah Nawawi, antara Dendam dan Perjuangan oleh Ali Jusuh dan novel Sultan Baginda oleh Shahnon Ahmad. Contoh novel dalam bahasa Arab ialah Shajarat-al-Bu�s olehTaha Husayn dan Salwa fi Mahabb al-Rih oleh Mahmud Taymur, novel Parsi ialah Nun va al-Qalam oleh Jalal al-i Ahmad, dan novel Turki ialah Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk. Novel berasal daripada perkataan Inggeris novel bermaksud �baharu�, atau novella dalam bahasa Itali b
beast fablefabel binatangKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah

Kembali ke atas