Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plum.bum] | ڤلومبوم

Definisi : (Kim) unsur logam berwarna putih kebiru-biruan, mulur, lembut, dan digunakan sbg bahan utk membuat paip air, bateri, pateri, dll; minyak tanpa ~ = petrol tanpa ~ petrol yg kandungan plumbumnya dikurang­kan utk mengurangkan pencemaran alam sekitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plum.bum] | ڤلومبوم

Definisi : logam berwarna kelabu kebiru-biruan yg digunakan utk membuat paip, pancalogam dsb; timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plumbum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unleaded gasolinegasolin tanpa plumbumKejuruteraan AutomotifEnjinGasolin yang tidak mengandungi plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Gasolin tanpa plumbum mempunyai pengkadaran oktana yang melebihi RON 87 melalui penambahan bahan, iaitu hidrokarbon aromatik seperti benzana bagi mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyebabkan kadar kehausan yang lebih tinggi pada bahagian dalaman enjin era 80-an dan sebelumnya seperti dudukan injap dan pandu injap. Namun, masalah ini tidak berlaku pada enjin era 90-an dan seterusnya kerana bahagian tersebut diperkuatkan untuk mengelakkan kehausan. Sinonim petrol tanpa plumbum Banding gasolin berplumbum.
cupellationpengkupelanKimiaKimia AnalisisProses mendapatkan emas dan perak dengan mengaloikannya dengan plumbum kemudian mengoksidakan plumbum yang telah lebur itu untuk memisahkan logam asas daripada logam berharga.
lead peroxideplumbum peroksidaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGabungan plumbum dan oksigen berwarna coklat, yang terdapat pada plat positif dalam bateri.
unleaded petrolpetrol tanpa plumbumKejuruteraan AutomotifEnjinLihat gasolin tanpa plumbum.
unleaded gasolinegasolin tanpa plumbumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan gasolin yang tidak mengandungi campuran sebatian plumbum.
leadplumbumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLogam yang berat, lembut dan berwarna kelabu gelap yang digunakan sebagai elektrod dalam bateri asid plumbum.
lead-cooled fast reactor (LFR)reaktor cepat sejukan plumbumSains NuklearKejuruteraan ReaktorReaktor cepat yang menggunakan plumbum lebur sebagai bahan penyejuk teras.
heavy metal contaminationkontaminasi logam beratHerbaTiadaPencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing.
leaded gasolinegasolin berplumbumKejuruteraan AutomotifEnjinGasolin yang dicampur 3-4cc dengan agen antiketuk, iaitu plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Walaupun penambahan ini mengurangkan pengkadaran oktana bagi bahan api, tetapi gasolin ini dapat mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyingkirkan plumbum ke sekitaran melalui gas ekzos lalu mencemarkan alam sekitar. Sinonim petrol berplumbum Banding gasolin tanpa plumbum.
tetraethyl leadplumbum tetraetilKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSebatian kimia yang ditambah ke dalam bahan api gasolin untuk menambah kadar oktana untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya ledakan dalam enjin cucuhan bunga api.
123

Kembali ke atas