Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.la.ri.sa.si] | ڤولاريساسي

Definisi : keadaan terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak (prinsip, kecenderungan, pendapat dsb) yg bertentangan sama sekali: pd masa lalu, soal ~ antara kuasa di kalangan pelajar tidak wujud kerana mereka mempunyai satu tujuan utk mencapai kecemerlangan dlm pelajaran; berpolarisasi mengamalkan polarisasi: tetapi struktur kuasa dan pengaruh di dunia tidak lagi ~ dlm semua isu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polarisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polarizationpolarisasiKesenianHiasan DalamanProses pergerakan gelombang cahaya secara getaran melintang, yang diorientasikan terus ke permukaan yang lebih khusus. Polarisasi dapat diperoleh menggunakan penghantaran aliran atau pemantulan perantara komunikasi.
polarizationpolarisasiSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan menjadikan suatu masyarakat atau masyarakat antarabangsa berpecah kepada dua pihak yang bertentangan semata-mata kerana sesuatu ideologi, isu atau sentimen ras. Proses pemecahan dua pihak ini berjalan secara perlahan kesan daripada perbezaan pendapat atau persepsi yang muncul secara jelas dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat demokratik umpamanya boleh dipolarisasikan kepada kelompok yang menyokong pengekalan institusi raja atau yang menentangnya dan yang menyokong kebebasan beragama atau menentangnya. Manakala masyarakat plural pula boleh terbahagi kepada peribumi dengan bukan peribumi, kulit hitam dengan kulit putih dan masyarakat antarabangsa dahulu yang menyokong Amerika Syarikat dengan yang menyokong Soviet Union.
repolarizationrepolarisasiKejururawatanTiadaProses yang mengembalikan membran sel saraf kepada keadaan polarisasi normal setelah suatu impuls saraf dihantar.
polarization(1) Penumpuan unit-unit ekonomi di sesuatu kutub pertumbuhan. (2) Pemisahan masyarakat kepada kelas atau ras yang jelas.Perancangan dan Pembangunan BandarTiada(1) pengutuban; (2) polarisasi

Kembali ke atas