Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.sa.ka.ri.da] | ڤوليساکاريدا

Definisi : (Bio) karbohidrat yg menghasil­kan beberapa banyak unit monosakarida (spt glukosa) apabila diuraikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.sa.ka.ri.da] | ڤوليساکاريدا

Definisi : ist karbohidrat (spt kanji dan glikogen) yg menghasilkan banyak unit monosakarida (spt glukosa) apabila diuraikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polisakarida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
celluloseselulosaPerpustakaanTiadaKarbohidrat polisakarida dengan C6H10O5 sebagai unit asas.
glycosaminoglycan (GAG)glikosaminoglikan (GAG)FizikNanoteknologiPolisakarida panjang tidak bercabang yang terdiri daripada sambungan berbilang unit disakarida. GAG merupakan komponen penting untuk menyambung tisu. GAG yang diikat secara kovalen pada protein akan membentuk proteoglikan. Contoh GAG ialah kondroitin sulfat, dermatan sulfat dan keratan sulfat.
cell wall lignificationpeligninan dinding selBuluhTiadaPemendapan lignin pada matriks polisakarida luar sel, yang berfungsi untuk menguatkan struktur dinding sel tumbuhan.
glycogenglikogenFizikNanoteknologiMolekul karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang berfungsi sebagai penyimpan tenaga dalam haiwan dan sel kulat yang biasanya tersimpan dalam hati atau otot. Karbohidrat tersebut merupakan molekul polisakarida bersaiz sekitar 150 nm dan didapati dalam bentuk granul dalam sitosol pada pelbagai jenis sel. Sel hati mempunyai kepekatan glikogen yang tertinggi, iaitu sehingga 8% terhadap berat segar hati yang normal atau 100g - 120g dalam orang dewasa.
antigenantigenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanMolekul atau bahan asing yang mendorong respons imun di dalam badan untuk menghasilkan antibodi. Antigen boleh berasal dari dalam badan (antigen diri) atau dari persekitaran luaran (bukan diri). Antigen yang bersatu dengan sistem imun akan merangsang antibodi yang khusus. Jika sistem imun bertemu antigen yang tidak terdapat di dalam badan sendiri, antibodi akan melancarkan serangan ke atas antigen tersebut. Biasanya antigen adalah seperti peptida, polisakarida atau lipid.
seaweedrumpai lautSains MarinTiadaSpesies alga marin yang bersifat makroskopik dan multiselular. Terdapat beberapa jenis rumpai laut seperti makroalga merah, coklat dan hijau. Pada umumnya rumpai laut melekat ke dasar laut atau pada permukaan keras lain dengan kewujudan struktur pelekap yang berbentuk seperti akar. Akar rumpai laut tidak berfungsi dalam pengangkutan nutrien sebagaimana akar pada tumbuhan tinggi. Sebahagian spesies rumpai laut boleh dimakan dan mempunyai banyak kepentingan komersial kepada manusia. Terdapat rumpai laut yang digunakan sebagai baja, sebagai bioremediasi atau sebagai sumber polisakarida.

Kembali ke atas