Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1. rumah kecil yg didirikan utk semen­tara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menum­pang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat me­numpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tum­pangan, rumah tempat menginap; 2. tumpang­an, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1 rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja; dangau. 2 rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). 3 rumah yg tidak berapa sempurna dan biasanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pondok (kata nama)
Bersinonim dengan teratak, dangau, gubuk, ran, sudung, sudung-sudung, cungkup, gerogol, sapar, jerumun, telatap, sarudung, pundung, lepau, jambar, rompok, pelampang, sulap.,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
voting boothpondok mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganPondok atau ruang yang digunakan oleh pengundi untuk membuat pemilihan calon dalam pilihan raya. Pondok ini disediakan khas bagi memastikan pengundi dapat membuat pilihan secara rahsia dan tidak terganggu. Pondok ini lazimnya terletak dalam bilik yang tidak berjauhan dengan meja pendaftaran pengundian dan kotak undi bagi memudahkan beliau meletakkan kertas undi yang telah digunakan.
litoteslitotesKesusasteraanPuisiPengucapan atau penuturan yang bersifat kiasan dan mengarah kepada memperkecilkan sesuatu hal atau peristiwa yang terjadi. Penggunaan unsur litotes ini bertujuan untuk menunjukkan kerendahan diri penutur atau penyair. Contohnya, "Kalau adil masa Iapang singgahlah ke pondok kami". Dalam konteks ini perkataan pondok itu mungkin realitinya sebuah rumah besar.

Kembali ke atas