port-to-port coverage | perlindungan pelabuhan ke pelabuhan | insurans | Tiada | 1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju. |
access port | port capaian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pengenal logik atau fizikal yang digunakan oleh komputer untuk mengalamatkan terminal input/output (I/O) bagi aliran data. |
port risk insurance | insurans risiko pelabuhan | insurans | Tiada | Insurans untuk kapal di pelabuhan, yang perlindungannya adalah terhadap liabiliti pelanggaran. Jumlah indemnitinya adalah lebih besar daripada yang diperuntukkan oleh polisi insurans kapal marin masa. |
port injection | pancitan liang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat suntikan liang. |
port injection | suntikan liang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Suntikan bahan api cecair ke dalam udara yang mengalir melalui saluran pengambilan. Proses ini berlaku semasa lejang pengambilan memaksa campuran udara dan bahan api mengalir masuk ke dalam kebuk pembakaran. Suntikan ini berfungsi untuk menjalankan pengatoman bahan api. Sistem ini menghasilkan kualiti campuran yang lebih sempurna berbanding sistem sun- tikan bersama dan sistem karburetor. Sinonim pancitan liang Banding sistem suntikan bersama. |
transfer port | liang pindah | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Saluran yang menyemburkan cecair bahan api pada badan pendikit karburetor, yang terletak di atas liang melahu dalam karburetor. Saluran ini menyemburkan cecair bahan api dalam keadaan kelajuan tidak melahu dan digunakan sebagai penjujuh udara ketika melahu. |
intake port | liang pengambilan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Laluan dalam kepala silinder yang menghalakan udara atau campuran udara-bahan api masuk dari pancarongga pengamabilan ke injap pengambilan. Sinonim liang masukan. |
exhaust port | liang ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Laluan dalam kepala silinder yang bermula dari dudukan injap ekzos hingga ke pancarongga ekzos. Laluan ini bertujuan untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin selepas proses pembakaran apabila injap ekzos terbuka. |
idle port | liang pelahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bukaan ke dalam ruang pendikit karburetor yang digunakan oleh sistem pelahu untuk mengalirkan bahan api ke luar. Bukaan liang ini dikawal oleh skru campuran melahu. |
inlet port | liang masukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat liang pengambilan. |