Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prag.ma.tik] | ڤرݢماتيک

Definisi : I (mempunyai sifat atau pendirian yg) lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu drpd ciri-ciri teori dsb, bersifat praktikal, banyak memperhitung­kan keadaan dan akibat yg sebenarnya terdapat atau akan timbul: walau bagaimanapun, pelaksanaannya harus bersifat ~ supaya tidak menimbulkan kesusahan di kalangan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[prag.ma.tik] | ڤرݢماتيک

Definisi : (Lin) cabang linguistik yg ber­kaitan dgn kajian tentang makna dan kesan yg timbul drpd penggunaan bahasa dlm situasi tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pragmatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pragmaticpragmatikKesusasteraanTiadaDisiplin pengajian bahasa dan cabang liguistik yang mementingkan penggunaan bahasa dan dalam sesuatu konteks. Disiplin ini cuba mengetengahkan variasi sistematik dalam pemilihan dan pembentukan item liguistik yang didapati daripada ruang sosial. Disiplin ini mula diperkenalkan pada tahun 1930-1940-an apabila ahli falsafah linguistik, Morris dan Peirce mula membicarakan hubung kait petanda dengan pengguna dan penginterpretasi (pentafsir). Sejak tahun 1970-an, pengajian pragmatik mula mengalami pelbagai variasi, khasnya dengan pertumbuhan sosiolinguistik, analisis wacana dan gramatis yang berfungsi. Pengajian teori oleh Searle dan Austin amat penting dalam pertumbuhan disiplin ini. Perbezaan ketara antara pragmatik dengan semantik adalah pragmatik mementingkan penyebutan dan keadaannya lebih mementingkan ayat atau penyampaian. Contohnya, ayat �can you drive a car?� boleh membawa pelbagai maksud mengikut konteks. Pragmatik mementingkan fungsi, niat dan kesan sesuatu ayat, dan akhirnya tahap kepakaran linguistik yang diperlukan untuk setiap situasi sosial.
pragmatic criticismkritikan pragmatikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera berdasarkan kesan karya terhadap khalayak. Kritikan ini menjadi dominan pada abad ke-18. Pada abad ke-20, kritikan pragmatik diketengahkan semula oleh Wayne C. Booth dalam karyanya bertajuk The Rhetoric of Fiction dan The Company We Keep: An Ethics of Fiction. Lihat juga kekeliruan hasrat.
pragmatic theory of artteori pragmatik seniKesusasteraanTiadaTeori yang mengutamakan fungsi praktikal dan sosial sastera melebihi fungsi estetiknya. Teori ini dicetuskan daripada aliran naturalisme dan realisme yang mementingkan reformasi sosial dalam penulisan sastera. Teori pragmatik seni bercanggah dengan teori objektif sastera yang diperkenalkan oleh M.H. Abrams. Teori ini menganggap puisi bversifat autonomi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana elemen luaran seperti sejarah dan sosial. Lihat juga naturalisme, realisme.
system of governmentsistem kerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang digunakan dalam pemerintahan untuk mentadbir sesebuah negara. Sistem kerajaan boleh dipengaruhi oleh sesuatu ideologi seperti demokrasi atau komunis atau boleh juga bersifat pragmatik tanpa terikat dengan sebarang fahaman. Sistem ini menggariskan pembahagian kuasa kepada badan pemerintahan seperti badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Di samping itu, ia juga menggariskan sistem pilihan raya yang digunakan, proses pelantikan perdana menteri atau presiden, dan kaedah sistem percukaian dan kewangan negara. Contohnya, sistem demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang banyak diamalkan sekarang.
perlocutionaryperlokusionariKesusasteraanTiadaAksi linguistik yang berlaku ketika ujaran yang mempunyai tujuan dan kesan antara perorangan dan sosial. Perlokusioneri dikaitkan dengan teori aksi pertuturan yang diperkenalkan oleh J.L. Austin (1961). Aksi pertuturan dibahagikan kepada tiga jenis: Pertama, aksi lokusionari iaitu aksi percakapan. Kedua, aksi ilokusionari, iaitu aksi yang dilakukan melalui percakapan. Ketiga, aksi perlokusionari, iaitu kesan percakapan menerusi aksi ilokusionari terhadap pendengar seperti rasa geli hati, takut, atau tertekan. Komunikasi bukan verbal seperti reaksi muka dan pergerakan badan juga mempunyai kuasa perlokusionari kerana mampu menimbulkan kesan rasa tertarik, bosan, atau menyakitkan hati. Dalam teori aksi pertuturan dan bidang disiplin lain, seperti pragmatik dan penekanan, perlokusionari biasanya melibatkan tujuan komunikasi atau kuasa ilokusionari komunikasi tersebut. Kesan perlokusionari percakapan pula kurang diberikan penekanan kerana orang yang bercakap biasanya tidak dapat mengawal kesan perlokusionari pendengar. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk menganalisis ayat dalam teks sastera.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.

Kembali ke atas