Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prak.tis] | ڤرکتيس

Definisi : berdasarkan kpd sesuatu yg praktik, boleh dan mudah melaksanakannya (men­jalankannya, menggunakannya dll), kena benar: komandan perahu memberikan perintah-perintah singkat dan petunjuk yg ~; penubuhan badan cawangan spt yg dilakukan itu dipercayai tidak ~; kepraktisan perihal atau sifat bergunanya sesuatu atau berupayanya melakukan sesuatu, sifat (ciri) praktis: mempersoalkan ~ pedoman yg disediakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[prak.tis] | ڤرکتيس

Definisi : 1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~. 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata praktis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blocked practicepraktis blokSains SukanBiomekanikKaedah yang menumpukan satu aspek kemahiran sahaja dalam satu sesi latihan. Dalam sesi latihan ini, hanya satu kemahiran sahaja yang dilakukan seperti melakukan servis pendek dalam permainan badminton. Kemahiran lain seperti servis lob, servis kilas dan sebagainya tidak diajar.
deliberate practicepraktis kesengajaanSains SukanBiomekanikLatihan yang dilakukan semata-mata untuk mempertingkatkan sesuatu aspek kemahiran motor yang khusus bagi memboleh-kan pencapaian prestasi motor berada pada tahap tertinggi.
massed practicepraktis massaSains SukanBiomekanikTempoh latihan yang dijalankan secara berterusan, dengan jeda rehat yang tidak kerap. Contohnya, dalam satu sesi latihan selama dua jam, jeda rehatnya ialah sekali sahaja antara jam pertama dengan jam kedua.
random practicepraktis rawakSains SukanBiomekanikKaedah latihan yang menumpukan aspek kemahiran dalam satu sesi latihan. Kaedah latihan ini memerlukan individu melakukan pelbagai lakuan dalam urutan yang rawak agar tiada pengulangan sesuatu lakuan. Contohnya, mengajar servis pendek, servis lob dan servis kilas dalam permainan badminton.
distributed practicepraktis teragihSains SukanBiomekanikKaedah pengagihan masa latihan yang jangka masa latihannya diselang-selikan dengan masa jeda rehat yang kerap. Contohnya, sesi latihan selama satu jam boleh mempunyai empat kali jeda rehat yang diaplikasikan pada setiap 15 minit.
practice distributionagihan praktisSains SukanBiomekanikKonsep yang merujuk kekerapan jeda rehat dalam suatu tempoh latihan.
pragmatismpragmatismeKesusasteraanPuisiPuisi yang menekankan pentingnya kesan dan nilai-nilai praktis. Puisi ini menggambarkan tentang persahabatan dalam pergaulan yang akan memberi nilai-nilai hidup yang berguna. Contohnya, puisi "Sahabat" karya Rahman Shaari. Kini di sini aku berdiri dengan kaki peribadi sendiri pertcmuan singkat denganmu, sahabat menghadiahkan padaku makna hakikat.
deletionpenghapusanKesusasteraanTiadaPenghilangan perkataan pada sesuatu karya sastera yang disengajakan. Penghapusan perkataan atau frasa merupakan suatu praktis yang dimulakan oleh Martin Heidegger dan dipopularkan oleh Jacqueds Derrida. Kumpulan pembaca pruf menghapuskan perkataan dengan memangkahnya dan menggantikannya dengan yang lain. Pemangkahan perkataan itu masih tertera dalam teks. Jacques Derrida melakukan penghapusan untuk menunjukkan bahawa sesetengah perkataan dan frasa tidak sesuai tetapi penulis tidak dapat memberi kata gantian yang lebih jelas. Tanda pemangkahan ini juga bertujuan menarik perhatian pembaca tentang kekurangan atau kesahan sesuatu perkataan atau frasa. Terdapat juga penyalin yang melakukan pelbagai pengguguran terhadap karya asal. Akibat penghapusan itu, muncul beberapa versi baharu yang berbeza dengan karya asal. Namun, tujuannya untuk menambahbaikkan karya tersebut. Lihat juga kritikan teks, kritikus aparatus.

Kembali ke atas