epigraph | prasasti | Sejarah | Tiada | 2. Prasasti: Subbidang kajian arkeologi yang mengkaji hasil tulisan inkripsi atau prasasti. |
inscription | prasasti | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri. |
epigraphy | epigrafi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Bat |
classical epigrapher | ahli prasasti klasik | Sejarah | Tiada | Orang yang merupakan ahli dalam kajian tulisan atau inskripsi lama. |
graffiti | grafiti | Kesenian | Tiada | Prasasti lukisan figur atau reka bentuk yang dituris pada batu-batu dinding zaman silam. |
epigraphy | epigrafi | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu yang mempelajari tulisan kuno pada prasasti. |