deferred premium | premium tertunda | insurans | Tiada | Premium insurans hayat yang belum dibayar. Penundaan pembayaran premium hanya dibenarkan untuk bentuk bayaran premium yang lain daripada premium tahunan. |
return premium | premium pulangan | insurans | Tiada | Bahagian premium yang dikembalikan kepada pemegang polisi kerana pembatalan, perubahan kadar atau apabila premium pendahuluan adalah melebihi premium sebenar. |
net annual premium | premium tahunan bersih | insurans | Tiada | 1. Amaun premium tahunan selepas ditolak komisen ejen. 2. Premium tulen yang perlu dibayar untuk membiayai kerugian yang dijangka. 3. Premium asal selepas ditolak dividen. Premium ini dibayar atau yang dijangka bagi insurans hayat sertaan apabila insured memilih untuk menggunakan dividennya bagi membayar premium. |
adjusted premium method | kaedah premium terlaras | insurans | Tiada | Kaedah pengiraan premium yang premium permulaan dikenakan pada awal tempoh perlindungan dan diselaraskan pada akhir tempoh perlindungan untuk mendapatkan premium sebenar. |
net premium | premium bersih | insurans | Tiada | 1. Amaun premium yang telah ditolak komisen ejen. 2. Premium yang perlu untuk melindungi hanya kerugian yang dijangka sebelum ditambah bebanan bagi perbelanjaan lain. 3. Premium asal yang ditolak dividen berbayar atau dijangkakan bagi polisi insurans hayat penyertaan yang insured memilih untuk menggunakan dividen untuk membayar premium. |
unearned premium | premium tidak terperoleh | insurans | Tiada | Bahagian premium asal belum menjadi hak insurer dan sekiranya polisi dibatalkan, maka bahagian tersebut dikembalikan kepada empunya polisi. Contoh: dalam hal premium tahunan, selepas satu bulan tempoh premium terdapat 11/12 daripada premium tersebut yang masih belum terperoleh. |
installment premium | premium ansuran | insurans | Tiada | Premium insurans hayat yang dinyatakan sebagai premium tahunan tetapi dibayar lebih kerap. Jumlah premium tahunan ini mesti dijelaskan walaupun kematian berlaku, jika terdapat beberapa ansuran yang masih belum dibayar. |
installment premium | premium ansuran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Premium insurans hayat yang dinyatakan sebagai premium tahunan tetapi dibayar lebih kerap. Jumlah premium tahunan ini mesti dijelaskan walaupun kematian berlaku, jika terdapat beberapa ansuran yang masih belum dibayar. |
standard premium | premium standard | insurans | Tiada | Premium yang terdapat dalam insurans pampasan pekerja yang dikira berdasarkan kadar yang digunakan sebelum premium diselaraskan di bawah diskaun premium atau pengkadaran retrospektif. |
underlying premium | premium pendasar | insurans | Tiada | Premium syarikat mengesid yang digunakan untuk menetapkan premium reinsurans. |