Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata primer;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primer coatinglapisan primerKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLapisan untuk melekatkan semburan cat yang disembur sebelum proses mengecat.
primer colourwarna primerKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaWarna latar kereta sebelum disembur dengan warna yang dikehendaki.
oralitykelisananKesusasteraanTiadaSituasi budaya yang memperlihatkan kebergantungan masyarakatnya kepada ujaran lisan. Dua jenis keadaan kelisanan ialah kelisanan primer dan sekunder. Kelisanan primer wujud dalam masyarakat pratulisan, iaitu seluruh komunikasi dikendalikan secara pendekatan dengan tutur, manakala kelisanan sekunder berlangsung dalam masyarakat tulisan, tetapi masih memanfaatkan komunikasi secara lisan. Contohnya, dalam media elektronik seperti telefon atau televisyen. Lihat juga sastera lisan.
primary circuitlitar primerKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLitar dalam sistem pencucuh yang bermula dari bateri, suis, gelung primer, titik sentuh, hingga ke pemuat.
primary assemblerpemasang primerHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat yang terlibat dalam pembungkusan produk kosmetik ke dalam bekas utama atau perantara termasuklah pelabelan sebelum produk tersebut dibekalkan kepada penjual. Pemasang primer juga perlu mematuhi amalan pengilangan baik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
packaging materialbahan pembungkusanHerbaTiadaBahan yang digunakan untuk membungkus sediaan herba seperti botol, penutup, vial, kotak, karton dan sebagainya. Bahan pembungkusan boleh dibuat daripada bahan kaca, plastik, kertas, tin dan foil aluminium. Terdapat dua jenis bahan pembungkusan, iaitu primer dan sekunder. Pembungkus primer ialah bahan yang bersentuhan secara langsung dengan sediaan herba seperti botol, penutup, vial, ampul, kelongsong, uncang dan pek blister. Pembungkus sekunder seperti kotak dan karton ialah bahan yang membungkus pembungkusan primer.
cerebral palsypalsi serebralSains SukanBiomekanikKecacatan pada bahagian otak yang melibatkan kawasan korteks motor primer, basal ganglia dan serebelum, atau mana-mana kombinasi kawasan tersebut. Kecacatan pada korteks motor primer akan mengakibatkan spastik dan kecacatan pada serebelum pula menyebabkan ataksia, manakala kecacatan pada ganglia basal menyebabkan diskinesia.
four barrel carburetorkarburetor empat larasKejuruteraan AutomotifEnjinKarburetor yang mempunyai empat buah injap pendikit yang dipasang dalam bentuk dua laras secara bersebelahan. Karburetor ini terdiri daripada dua laras primer dan dua laras sekunder. Laras primer mengendalikan kesemua silinder enjin sehingga injap pendikit berada dalam keadaan buka penuh, seterusnya laras sekunder akan terbuka dan membekalkan campuran udara- bahan api tambahan untuk operasi pecutan dan kuasa penuh.
primary pollutantprimer bahan cemarKejuruteraanTiadaBahan cemar berbahaya di udara ambien dalam bentuk kimia asal semasa dilepaskan, contohnya sulfur dioksida, oksida nitrogen dan sebagainya.
primary insurerinsurer primerinsuransTiadaSyarikat yang memulakan sesuatu urus niaga insurans. Contoh: syarikat mengesid.
123456

Kembali ke atas