additive | aditif | Perikanan | Akuakultur | Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan ternakan untuk tujuan tertentu, seperti menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan pencernaan dan menghindari penyakit. Contohnya, ubat-ubatan, penggalak pertumbuhan, enzim, probiotik dan koksidiostat. Kadar yang diperlukan adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 0.1 – 3%. |
food-drug interphase product | produk antara fasa makanan-ubat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang mengandungi gabungan bahan makanan dan bahan aktif untuk penggunaan secara oral. Contoh bahan makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, susu, koko dan bijirin. Contoh bahan aktif ialah vitamin, mineral, herba, enzim, probiotik, prebiotik dan bahan-bahan lain yang tidak digunakan secara tradisional sebagai makanan. Produk antara fasa makanan-ubat boleh didapati dalam bentuk serbuk, cecair dan separuh pepejal seperti gel/jeli, tablet kunyah, titisan, granul dan lain-lain. |
health supplement | tambahan kesihatan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya. |