combination pack | pek gabungan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dua atau lebih produk herba yang dibungkus bersama-sama untuk dipasarkan. Produk-produk ini terdiri daripada produk berdaftar dan perlu didaftarkan semula sebagai produk tunggal yang dikelaskan sebagai pek gabungan. Sekiranya suatu produk pek gabungan terdiri daripada produk berdaftar yang dimiliki oleh pemilik yang berbeza, surat kebenaran daripada pemilik setiap produk tersebut perlu diserahkan untuk pendaftaran berserta dengan butiran produk, iaitu nama produk dan nombor pendaftaran produk. |
primary batch | kelompok primer | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kelompok produk herba yang dihasilkan untuk tujuan ujian kestabilan dan pendaftaran produk. Produk ini diperoleh sama ada daripada kelompok skala rintis atau kelompok keluaran. |
expiry date | tarikh luput | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tarikh akhir sesuatu kelompok produk memenuhi spesifikasi piawaian/piawai kualiti yang diperlukan. Tarikh ini hendaklah dicatatkan pada label pembungkusan produk. Produk yang telah melepasi tarikh luput tidak terjamin akan kekal seperti dalam spesifikasi yang ditetapkan dan mungkin tidak selamat untuk digunakan. |
import risk analysis (IRA) | analisis risiko import (IRA) | Perikanan | Akuakultur | Proses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut. |
administrative data and product information | data pentadbiran dan maklumat produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Maklumat atau butiran produk yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran produk herba seperti maklumat produk, maklumat formula produk, maklumat pembungkusan, dan maklumat lain yang berkaitan. |
finished herbal products | produk akhir herba | Herba | Tiada | Produk mengandungi sediaan herba yang dibuat daripada satu atau lebih herba. Produk yang mengandungi lebih daripada satu herba dikenali sebagai produk herba campuran. Produk ini boleh mengandungi eksipien sebagai bahan tambahan kepada bahan aktif. Di negara tertentu ubatan herba secara tradisinya boleh mengandungi bahan aktif organik atau tak organik semula jadi yang bukan berasal daripada tumbuhan, contohnya bahan haiwan dan mineral. Namun, umumnya produk yang mengandungi bahan aktif kimia terciri termasuk sebatian sintetik dan/atau sebatian yang terpencil daripada bahan herba tidak dianggap sebagai produk akhir herba. |
control of supply | kawalan pembekalan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas pembekalan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh membekal sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dibekalkan. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk membekal sebarang produk. |
control of sale | kawalan penjualan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas penjualan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh menjual sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dijual. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk menjual sebarang produk. |
herbal product quality complaint | aduan kualiti produk herba | Herba | Tiada | Aduan pelanggan mengenai masalah produk akhir herba. Aduan ini timbul akibat daripada kesilapan pengilangan, kecacatan produk, kemerosotan kualiti produk dan campur palsu dalam bahan herba. Menurut Amalan Pengilangan Baik, sebarang aduan perlu direkodkan dengan lengkap. Punca sesuatu aduan perlu disiasat dan aduan tersebut diambil tindakan. Rekod aduan juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat masalah yang berulang, pihak berkuasa perlu menarik balik produk herba tersebut dari pasaran. Sebarang aduan yang melibatkan panggil balik atau penyekatan pembekalan produk herba perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa perlesenan. |
product registration termination | penamatan pendaftaran produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pemberhentian kebenaran untuk menjual produk herba di pasaran. Pemegang pendaftaran produk perlu memulangkan semula sijil pendaftaran produk kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Nombor pendaftaran produk yang telah ditamatkan tidak boleh digunakan semula dan produk tersebut tidak boleh dipasarkan di Malaysia. |