Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.duk.ti.vi.ti] | ڤرودوکتيۏيتي

Definisi : daya pengeluaran: beliau menggesa kakitangannya membaharui azam dan tekad utk bekerja keras bagi meningkatkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
produktiviti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya pengeluaran, penghasilan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oligotrophicoligotrofikSains MarinTiadaKeadaan sistem akuatik yang mempunyai kepekatan nutrien dan sumber karbon yang sangat rendah. Keadaan ini menyebabkan produktiviti primer rendah dan kandungan oksigen terlarut tinggi. Lihat juga eutrofik.
land use planningperancangan guna tanahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu seni dan sains pengagihan dan penyusunan tanah serta aktivitinya bagi meningkatkan persekitaran dan produktiviti berdasarkan kaji selidik tertentu untuk mencapai matlamat yang dibentuk.
agrarian reformreformasi agrariaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu pembaharuan polisi penggunaan tanah yang dibuat melalui perubahan perundangan dan pentadbiran tanah serta penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti.
epipelagic zonezon epipelagikSains MarinTiadaZon pelagik lautan yang paling atas. Bermula di permukaan hingga ke kedalaman 200 m. Zon ini juga dikenali sebagai zon fotik dan menerima keamatan cahaya yang paling tinggi. Aktiviti fotosintesis dan penghasilan primer adalah tinggi dan menyumbang kepada produktiviti lautan secara keseluruhannya.
agrarian reformreformasi agrariaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang bertujuan mengubah hala tuju dan orientasi sektor pertanian. Tindakan ini diambil ekoran daripada persaingan yang wujud antara sektor pertanian dengan perindustrian serta kebimbangan terhadap terpinggirnya sektor ini dalam sumbangannya kepada pembangunan negara. Melalui program pemulihan, sektor pertanian diberi orientasi yang bersifat komersial dalam setiap produktiviti yang dihasilkan. Contohnya, pembaharuan agraria di Malaysia yang dibuat melalui penerokaan tanah pertanian seperti tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Sinonim pembaharuan agraria/pemulihan agrarian.
stimulantperangsang/stimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala.
benthic-pelagic couplinggandingan bentik-pelagikSains MarinTiadaZon antara muka sedimen-air yang merupakan kawasan berlakunya proses kitaran semula nutrien. Zon ini menerima pelbagai bahan organik dan bukan organik yang mendap dari zon pelagik di atasnya seperti plankton mati, bahan buangan, bahan organik dan detritus yang akan menjalani proses penguraian secara biologi atau kimia dan dikitar semula. Kitaran ini sangat penting kepada produktiviti sesuatu perairan.
downwellingjunam airSains MarinTiadaPergerakan air laut dari bahagian permukaan ke dasar laut yang berlaku disebabkan oleh proses yang berbeza. Kebiasaannya pergerakan air laut ini disebabkan oleh perbezaan ketumpatan air, seperti air sejuk atau air berkemasinan tinggi yang lebih tumpat berbanding dengan air panas atau air berkemasinan rendah. Junam air dapat berlaku di kawasan pertemuan arus lautan yang menolak air permukaan ke bawah seperti kawasan pusaran subkutub Atlantik Utara. Pergerakan angin juga boleh mendorong berlakunya junam air. Kawasan-kawasan junam air mempunyai produktiviti yang rendah kerana nutrien dalam turus air digunakan, tetapi tidak diganti oleh air kaya nutrien dari dasar laut. Junam air juga membolehkan ventilasi laut dalam berlaku kerana air permukaan membawa oksigen terlarut turun dari permukaan ke dasar lautan.

Kembali ke atas