extract profile | profil ekstrak | Herba | Pemiawaian | Ciri atau maklumat tentang sesuatu ekstrak herba seperti Profil Fizikal (bau, warna, sifat fizikal, kepekatan dan kelarutan), profil fitokimia [Profil TLC (Thin Layer Chromatography)], Profil GCMS (Gas Chromatography Mass Spectrometer) dan Pemprofilan Biologi. Profil ekstrak digunakan dalam monograf herba. |
precision medicine | perubatan jitu | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah rawatan perubatan berdasarkan profil genom dan genetik individu seperti maklumat profil gen, protein dan persekitaran dalam aspek diagnosis, pengesanan, perawatan dan pencegahan penyakit. |
user profile | profil pengguna | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Maklumat pengguna yang dirakam oleh sistem pengendalian semasa pengguna sistem komputer. Maklumat ini termasuk aktiviti dan arahan yang sering dijalankan oleh pengguna. Maklumat ini boleh digunakan untuk menyahihkan identiti pengguna apabila terdapat keraguan terhadap identitinya. |
audience profile | profil khalayak | Pelancongan | Tiada | Gambaran pengunjung yang berada di sesuatu tempat tumpuan. |
tenant profile | profil penyewa | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
pH stability profile | profil kestabilan pH | Sains Kesihatan | Tiada | Kestabilan yang berkaitan dengan perubahan pH. |
cam | sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Unsur bebola yang mempunyai profil lengkung tidak sepusat yang mengawal komponen lain melalui gerakan putaran. |
allelic drop-in | kemunculan alel | Sains Forensik | Tiada | Alel yang muncul dalam profil DNA akibat pencemaran. Fenomena ini boleh dijumpai dalam sampel DNA forensik yang biasa wujud dalam keadaan yang sedikit dan mengganggu penaksiran data. Oleh itu, kawalan mutu pengujian DNA forensik seperti penggunaan kawalan positif, kawalan negatif dan pengendalian sampel dengan teliti adalah penting dilakukan. |
pedon | pedon | Biologi | Tiada | Isi padu tanah yang kecil, tetapi sesuai untuk kajian profil tanah. |
dynamic light scattering | penyerakan cahaya dinamik | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teknik untuk mengenal pasti profil sebaran nano zarah dan purata saiz zarah dalam ampaian atau larutan. |