progesterone | progesteron | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hormon yang dirembeskan oleh korpus luteum pada ovari. Hormon ini dirembeskan semasa fasa luteum pada peringkat kitaran estrus atau ketika haiwan berada dalam keadaan bunting. Fungsi utama progesteron adalah untuk mengekalkan kebuntingan. |
corpus luteum | korpus luteum | Kejururawatan | Tiada | Tisu glandular dalam ovari yang dibentuk pada tapak folikel Graaf yang memecah selepas ovulasi. Tisu ini akan merembeskan hormon progesteron, yang menyediakan uterus untuk implantasi. Jika implantasi gagal, penghasilan progesteron dari tisu ini akan merosot. |
antigonadotrophic | antigonadotrofik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat menghalang atau menyekat aktiviti fisiologi hormon ganadotrofin yang khusus seperti ketakseimbangan androgen, estrogen, dan progesteron dalam badan. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum) yang bersifat antigonadotrofik. |
ovary | ovari | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sebahagian daripada organ pembiakan betina yang merupakan tempat penghasilan ovum serta tempat mensintesis hormon estrogen dan progesteron. Ovari terletak di rongga pelvis betina. |
pseudopregnancy | bunting palsu | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan betina yang menunjukkan tanda seakan-akan bunting seperti pembesaran di bahagian abdomen. Bunting palsu berpunca daripada korpus luteum yang tidak rosot dan kekal merembeskan hormon progesteron. Bunting palsu kadang kala berlaku pada kambing, biri-biri dan anjing. |