prognosis | prognosis | Perikanan | Akuakultur | Peramalan untuk menentukan jenis penyakit, tanda dan gejala penyakit akan bertambah baik/buruk atau tetap stabil dari semasa ke semasa, dan kemungkinan jangka hayat ikan tersebut. Prognosis dibuat berdasarkan pada situasi penyakit yang didiagnosis, keadaan fizikal ikan serta rawatan yang ada. |
prognosis | prognosis | Perubatan | Psikiatri | Ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, terutama setelah pesakit menjalani rawatan. |
psychiatric evaluation | penilaian psikiatri | Perubatan | Psikiatri | Pentaksiran yang dilakukan terhadap individu dengan mengambil kira aspek emosi, pemikiran, tingkah laku, persepsi, kognitif, psikososial dan prognosis. |
clinical assessment tools | alat penilaian klinikal | Kesihatan Awam | Tiada | Instrumen atau set ukuran yang direka untuk menilai keadaan klinikal pesakit atau meramalkan risiko atau prognosis sesuatu penyakit. contohnya alat tekanan darah dan jangka suhu. |
home assessment tools | alat penilaian di rumah | Kesihatan Awam | Tiada | Instrumen atau set ukuran yang direka untuk menilai keadaan pesakit di rumah atau meramalkan risiko atau prognosis sesuatu penyakit. contohnya soal selidik, senarai semak dan skala. |
patient and client management systems (P&CMS) | sistem pengurusan pelanggan dan pesakit (P&CMS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang menyokong pentadbiran, pengurusan pesakit dan pelanggan sepanjang penjagaan kesihatan di klinik, hospital dan pusat rawatan komuniti. Kebiasaannya, sistem ini menggariskan enam langkah yang terlibat dalam pengurusan pesakit dan pelanggan, iaitu, pemeriksaan pesakit, penilaian data dan mengenal pasti masalah, penentuan diagnosis, penentuan prognosis, pelaksanaan penjagaan rawatan, dan pemeriksaan pesakit dan penilaian hasil rawatan. |