frequent lodger program | program penginap kerap | Pelancongan | Tiada | Program untuk penginap setia yang berdaftar sebagai ahli dan telah mengumpulkan mata ganjaran setelah menggunakan perkhidmatan penginapan. Mata ganjaran tersebut boleh ditebus melalui pelbagai bentuk, seperti baucar dan potongan harga bilik. |
frequent stay program | program inap kerap | Pelancongan | Tiada | Program khusus untuk tetamu yang sering menginap di hotel yang sama dan mata ganjaran akan diberikan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan. |
victim-offender reconciliation program | program pendamaian mangsa-pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu program di bawah pendekatan keadilan restoratif, iaitu pesalah, mangsa dan mereka yang terkesan dengan sesuatu jenayah dijemput untuk bertemu dan membincangkan kemudaratan atau kerugian yang ditanggung akibat jenayah tersebut dan cara mengatasinya. |
incentive program | program insentif | Pelancongan | Tiada | Skim formal yang diperkenalkan untuk menggalakkan peserta atau organisasi untuk mencapai sasaran jualan dalam tempoh yang telah ditetapkan. |
scenic byway program | program laluan indah | Pelancongan | Tiada | Rancangan perjalanan melalui jalan sekunder untuk menikmati panorama yang indah. |
affirmative marketing program | program pemasaran berkesan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
affirmative marketing program | program pemasaran berkesan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
diversion programme | program pengalihan | Undang-undang | Tiada | Program yang dirancang untuk membolehkan pesalah jenayah ke program komuniti. |
peresteroika | perestroika | Sains Politik | Politik Perbandingan | Program penyusunan semula struktur ekonomi Soviet Union. Program ini dilancarkan secara rasmi oleh presiden negara tersebut Mikhael Gorbachev pada tahun l987. Makna sebenar program ini menimbulkan perdebatan tetapi secara umum ia mula membuka inisiatif untuk memperbaik sistem ekonomi Soviet Union tanpa menggugat kuasa parti komunis di negara itu. Sehubungan itu, berbagai-bagai langkah demokratik dibenarkan seperti membolehkan sistem pasaran ekonomi terbuka, pemilikan individu, penerimaan tuntutan orang ramai dan sebagainya. Program ini bertujuan mempercepat kemajuan ekonomi dan kedinamikan masyarakat. Idea kreatif orang ramai digalakkan, penonjolan penemuan sains dan teknologi baru untuk kesejahteraan masyarakat diketengahkan. Perubahan dasar ini telah mendorong kepada pelbagai tuntutan dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada keruntuhan sistem komunis di negara tersebut. |
advertising sponsorship | tajaan iklan | Ekonomi | Tiada | Tajaan sesebuah syarikat dengan bayaran tertentu bagi sesuatu program atau acara, biasanya program amal dengan tujuan mengiklankan syarikat. |