promotion mix | gabungan promosi | Komunikasi | Korporat | Pendekatan promosi yang menggunakan pelbagai saluran yang dilaksanakan serentak dalam bidang perhubungan awam, pemasaran, dan pengiklanan. Dari segi teknikalnya, pendekatan promosi ini boleh dibuat secara berasingan atau secara gabungan pelbagai perantara atau medium. Pendekatan promosi secara berasingan menggunakan sebanyak mungkin saluran media massa dan komunikasi antara peribadi pada sesuatu masa. Pendekatan secara gabungan pula dijalankan dengan menggabungkan pelbagai saluran media secara serentak, seperti promosi khidmat sosial atau barangan yang menggunakan komunikasi antara peribadi termasuklah bahan audiovisual seperti filem, video, audio, bahan bercetak, multimedia, atau persembahan hidup. Kedua-dua pendekatan ini berfungsi untuk mengoptimumkan kesan sesuatu mesej di samping mengurangkan kos dan memudahkan pengurusan promosi. Sinonim campuran promosi. |
promotional pulse | dadakan promosi | Komunikasi | Korporat | Strategi kempen pengiklanan berdasarkan perancangan yang sistematik bagi memenuhi keperluan persaingan yang berterusan. Pola strategi ini mengandungi pelbagai bentuk mengikut corak persaingan. Contohnya, semasa promosi sesuatu barangan sedang dilakukan, terdapat sebuah syarikat lain yang akan turut sama mempromosikan barangannya. Hal ini kerana sekiranya promosi tidak dilakukan, barangan tersebut mungkin tidak diberikan perhatian oleh khalayak kerana kewujudan barangan pesaing lain yang sedang dipromosikan. Contoh lain adalah semasa menjelang musim perayaan, dadakan promosi semakin sengit dan pelbagai. |
promotion campaign | kempen promosi | Pentadbiran | Tiada | Siri aktiviti promosi yang saling berkait yang dibentuk untuk mencapai sesuatu objektif pemasaran tertentu. |
promotion mix | campuran promosi | Komunikasi | Korporat | Lihat gabungan promosi. |
promotion mix | adun promosi | Pentadbiran | Tiada | Campuran pengiklanan, penjualan bersemuka, promosi jualan, dan hubungan awam yang digunakan oleh syarikat untuk mencapai objektif pengiklanan dan pemasaran syarikat. |
collateral | kolateral | Komunikasi | Korporat | Bahan tambahan yang digunakan serentak dengan bahan pengiklanan dan promosi lain yang diedarkan kepada pengedar, peruncit, dan pemborong. Bahan ini juga dirujuk sebagai media tidak berkomisen yang digunakan dalam kempen pengiklanan dan promosi. Contohnya, risalah, katalog, pita video, bahan pameran, dan kit jualan. Tujuan pengedarannya adalah untuk menyokong maklumat yang sedia ada dalam bahan pengiklanan dan kempen promosi. Penggunaan bahan tambahan ini hanya dilakukan semasa kempen pengiklanan dan promosi tertentu seperti pengenalan barangan dan perkhidmatan baru, hari ulang tahun syarikat, dan sempena kejayaan lain yang dicapai oleh syarikat pengeluar barangan dan perkhidmatan yang diiklankan. Sinonim bahan kolateral. |
advertising allowance | elaun pengiklanan | Komunikasi | Korporat | Peruntukan sejumlah belanjawan untuk kos pengiklanan daripada pengilang kepada peruncit bagi tujuan promosi dan pengiklanan dikawasan sesuatu barangan diedarkan. Tujuannya adalah untuk menyesuaikan aktiviti pengiklanan dengan keperluan budaya tempatan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan. Agensi pengiklanan dan promosi di peringkat tempatan kerap digunakan dan dirujuk sebagai perunding untuk melaksanakan aktiviti pengiklanan dan publisiti tersebut secara lebih berkesan. Pelbagai pendekatan digunakan untuk melaksanakan pembayaran elaun pengiklanan berdasarkan polisi syarikat dan persetujuan antara pengilang dengan peruncit. Pembayaran tidak dilakukan secara tunai, sebaliknya pengedar dan peruncit memperoleh elaun melalui pengurangan bayaran untuk barangan yang didapati daripada pengilang. Elaun pengiklanan dikenali juga sebagai elaun promosi. |
media exposure | dedahan media | Komunikasi | Korporat | Pola pendedahan khalayak terhadap mesej yang disalurkan melalui media. Terdapat dua perspektif kepentingan dedahan media. Pertama, kepentingan kepada media yang menyiarkan kempen promosi. Kedua, kepentingan kepada barangan dan agensi yang terlibat dalam kempen promosi. Dalam konteks pertama, dedahan media dilihat dari segi jumlah dan pola khalayak yang terdedah kepada media dalam sesuatu masa tertentu. Lebih tinggi jumlah khalayak dan lebih pelbagai pola khalayak yang terdedah kepada media dalam sesuatu tempoh masa, lebih tinggi nilai ruang pengiklanan dan promosi yang ditawarkan kepada agensi pengiklanan. Konteks kedua, memberikan kepentingan kepada agensi pengiklanan dari segi memahami khalayak sesuatu barangan dan merancang strategi pengiklanan. Lebih banyak dan lebih terkini maklumat mengenai pola dedahan khalayak kepada sesuatu barangan dan perkhidmatan yang dipromosikan melalui sesuatu media, lebih mudah bagi agensi pengiklanan untuk menguruskan strategi peletakan barangan. Maklumat mengenai pola dedaha |
promotional pricing | penentuan harga promosi | Komunikasi | Korporat | Salah satu kategori penentuan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Kategori penentuan harga berfungsi untuk menarik perhatian pelanggan supaya membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara kategori penentuan harga termasuklah harga biasa, harga lelong, dan harga jualan murah. Harga promosi biasanya ditetapkan untuk barangan atau perkhidmatan yang baru diperkenalkan di pasaran. Sinonim tentu harga pemajuan. |
bulk mailing | mel pukal | Komunikasi | Korporat | Kaedah menyebarkan maklumat promosi dan pengiklanan secara serentak dalam jumlah yang banyak melalui pos. Pelaksanaan penghantaran maklumat ini perlu mendapat prakelulusan berdasarkan peraturan yang ditetapkan, pra-pengesahan setem, jumlah unit, berat, serta jenis kandungan dan pembungkusannya. Penghantaran mel tersebut dilakukan sebelum pelancaran kempen atau promosi sesuatu barangan baru dalam pasaran secara besar-besaran. |