Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.pa.gan.da] | ڤروڤاݢندا

Definisi : 1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerang­kan pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan utk mendapat sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan dll; mempropagandakan 1. menghebahkan se­cara teratur pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan barang dagangan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.pa.gan.da] | ڤروڤاݢندا

Definisi : cara atau tindakan utk menghebahkan penerangan, ajaran, fahaman dll kpd orang ramai: ~nya disertai janji yg muluk-muluk. mempropagandakan menyiarkan pendapat dll dgn tujuan utk mencari pengikut atau mencari bantuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
propaganda (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan diayah, dakyah, penyebaran, penyiaran, penyeruan, dakwah;,
Kata Terbitan : mempropagandakan, propagandis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
propaganda literaturesastera propagandaKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang bersifat didaktik dan politikal. Karya ini bertujuan untuk mempengaruhi pembaca supaya mengambil suatu pendirian atau tindakan tentang isu praktikal seperti perkauman, ekinomi, persekitaran, perang, dan isu sosiopolitik lain yang boleh menarik perhatian umum. Sastera propaganda sering dianggap rendah mutu sasteranya. Namun pandangan ini tidak semestinya tepat kerana banyak karya propaganda mempunyai mutu sastera yang baik, malah ditulis oleh pengarang yang terkenal. Contoh dalam karya Melayu ditemui dalam novel bertajuk Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Hj. Abdullah. Novel ini mengisahkan pengambilan tanah secara paksaan oleh pemerintah tetapi ditentang oleh golongan petani yang mempertahankan haknya. Puisi yang berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang pula membicarakan isu bahasa, ketuanan dan kemiskinan Melayu. Contoh lain ditemui dalam drama Mr. Warren�s Profesion oleh Bernard Shaw.
agitpropagitpropKesusasteraanTiadaKarya sastera berunsur propaganda untuk mempengaruhi dan mendoktrin khalayak.
documentary dramadrama dokumentariKesusasteraanTiadaDrama yang bersifat propaganda dan didaktik. Isi atau bahan kandungannya ialah peristiwa sejarah yang baharu berlaku atau bukti dokumentari yang diperoleh daripada surat khabar, laporan, arkib, sejarah rasmi, diari dan jurnal. Drama dokumentari bermula di Jerman pada tahun 1960-an. Kemudian, kaedah dan gaya persembahan drama ini ditiru oleh dramatis Amerika dan dramatis negara lain. Namun bentuk drama ini mula merosot pada awal dekad 1970-an. Antara contoh drama dokumentari ialah The Deputy (1963) oleh Rolf Hochhuth. Contoh tempatan ialah drama bertajuk 1984 oleh Kee Thuan Chye.
proletarian literaturesastera proletarianKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang mengisahkan kehidupan masyarakat kelas bawahan. Tujuannya adalah sebagai suatu propaganda untuk mengutarakan masalah ekonomi dan sosial kelas bawahan terhadap golongan atasan atau pemerintah. Contoh karya sebegini ditemui dalam novel karya Walter Greenwood bertajuk Love on the Dole. Contoh dalam sastera Melayu ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.
subversivesubversifSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menjatuhkan kerajaan yang dilakukan secara sulit dan di luar batasan perlembagaan. Usaha ini dilakukan dari dalam sesebuah negara dan sukar dikesan oleh pemerintah. Tindakan ini dilakukan secara propaganda, menggunakan bantuan kewangan, tindakan pengintipan atau pengumpanan seperti pengedaran dadah. Contohnya, gerakan komunis cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia secara subversif melalui penyusupan ke dalam pentadbiran kerajaan pada peringkat awal kemerdekaan dahulu.
undecided voterpengundi tidak pastiSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi yang tidak berpendirian teguh dalam sesuatu pengundian dan tidak langsung mempunyai ikatan kepartian dengan mana-mana calon atau parti. Pengundi ini banyak dipengaruhi oleh kempen serta propaganda dan hanya akan membuat pemilihan pada hari pengundian. Tindakan saat akhir mereka ini akan menentukan kerajaan kelak. Pengundi tidak pasti yang ramai akan menyebabkan kerajaan bertukar ganti dengan lebih kerap.
socialist realismrealisme sosialisSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang bersifat estetika yang menggunakan bahan seni seperti sastera, lukisan atau muzik untuk menanam kesedaran sosial dalam membentuk satu masyarakat sosialis. Fahaman ini tidak menekankan kepada kekuatan ketenteraan atau propaganda pemimpin, sebaliknya meletakkan kepentingan bahan seni sebagai keutamaan. Bahan-bahan seni yang digemari oleh rakyat akan dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran sosial dan politik. Cerita kesusahan petani dan buruh ditonjolkan bagi menanam semangat cintakan negara. Tulisan Nikolay Ostrovsky berjudul How the Steel Was Tempered digunakan sepenuhnya oleh pendukung realisme sosialis di Rusia pada dekad 1930-an untuk membangunkan kesedaran masyarakat dalam membina masyarakat sosialis. Antara tokoh fahaman ini ialah Nikolay Ostrovsky, Ishak Haji Muhammad dan Usman Awang.
uncommitted voterpengundi tidak terikatSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi atau pemilih yang tidak mengaku menyokong mana-mana parti politik. Dalam erti kata lain, identifikasi politik tidak wujud. Pengundi seperti ini akan membuat pemilihan hanya di saat akhir iaitu semasa hari mengundi. Pengundian juga boleh berubah kepada calon atau parti lain semasa penggal akan datang. Pengundi jenis ini biasanya tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh dengan kempen dan propaganda menjelang pilihan raya. Pengundi tidak terikat ini kebanyakannya terdapat di negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti di Australia dan New Zealand.
ZionismZionismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang dibentuk khas untuk memperjuangkan kedudukan bangsa Yahudi di Palestin yang kini lebih dikenali sebagai negara Israel. Idea ini mahu mengembalikan kedudukan bangsa Yahudi sebagai satu bangsa yang pernah berkuasa di tanah itu. Idea ini mendapat sokongan kuat penduduk Yahudi di seluruh dunia dan beberapa kuasa besar yang mempunyai kepentingan. Zionisme tidak sahaja menjelma dalam bentuk perjuangan politik dan ketenteraan tetapi juga dalam falsafah, ideologi, propaganda, media dan sebagainya. Gerakan ini turut menyerap dalam pelbagai pertubuhan politik dan keselamatan yang penting seperti CIA di Amerika Syarikat, akhbar dan majalah penting di dunia.
literaturekesusasteraanKesusasteraanTiadaKarya bersifat imaginatif yang tampil dalam bentuk prosa, puisi, dan drama, sama ada berbentuk sastera bertulis ataupun lisan. Pada awalnya, kesusasteraan mencakupi karya sastera dan bukan sastera, tetapi kini cakupannya lebih meluas kerana kesusasteraan juga merujuk kepada pelbagai bentuk karya seperti undang-undang, falsafah, sejarah, roman, kitab, adab dan sebagainya. Sifat kesusasteraan dapat dilihat dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Ditinjau dari sudut ekstrinsik, kesusasteraan ialah satu institusi budaya yang menampung nilai-nilai masyarakat. Karya sastera dapat memperlihatkan perubahan nilai budaya yang dilalui oleh sesebuah masyarakat mengikut peredaran zaman, dan dapat bertahan sepanjang zaman serta menjadi wadah untuk menyampaikan dan melestarikan nilai-nilai tradisi. Jika ditinjau dari aspek ekstrinsik, kesusasteraan boleh diertikan sebagai hubungan antara teks dengan pengarang, dan antara teks dengan khalayak. Dari satu segi, kesusasteraan merupakan luahan persepsi dan peribadi pengarangnya, manakala dari perspektif yang lain, kesusasteraan bukan luahan peribadi pengarangnya, justeru teks dianggap sebagai karya yang menyisihkan pengarangnya. Kesusasteraan dapat membangkitkan pengalaman estetik dan meninggalkan kesan kepada emosi khalayak secara terkawal dan tidak menggerakkan khalayak untuk bertindak. Justeru, pornografi dan propaganda tidak dapat dianggap sebagai karya sastera kerana bahan-bahan itu mendorong khalayak untuk bertindak negatif. Kesusasteraan secara umumnya berbeza dengan sains, sejarah, dan falsafah kerana kesusasteraan mempunyai sifat intrinsiknya yang tersendiri. Kesusasteraan dianggap sebagai objek seni yang dibina oleh bahasa, dan bersifat unik, utuh kendiri, dan autonomous. Kesusasteraan juga mempunyai sifat-sifat yang ada pada karya seni seperti keseimbangan, komposisi, dan struktur.

Kembali ke atas