secure hypertext transfer protocol (SHTTP) | protokol perpindahan hiperteks selamat (SHTTP) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol perpindahan hiperteks (HTTP) yang ditingkatkan untuk membenarkan komunikasi selamat melalui rangkaian Internet. Protokol ini menyulitkan fail atau menyertakan sijil digital pada fail untuk tujuan pengesahan. Pelanggan yang menggunakan SHTTP untuk menghubungi pelayan boleh menghantar sijil digital untuk mengesahkan identiti pengguna, di samping mengesahkan identiti pelayan pada masa yang sama. |
dynamic routing protocol | protokol penghalaan dinamik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang membenarkan peranti rangkaian mendapatkan maklumat talaan secara automatik. Contohnya, penghalaan dinamik RIP, EIGRP terjadi apabila penghala berinteraksi dengan penghala bersebelahan dengan menyatakan jenis rangkaian yang dihubungkan. Penghala perlu berinteraksi menggunakan protokol penghalaan yang sedia ada. |
protocol amendment | pindaan protokol | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Perubahan pada maklumat protokol analisis produk herba berdaftar yang dilakukan oleh pemegang pendaftaran produk dan kemudiannya dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tujuan kawalan kualiti produk. |
protocol | protokol | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen rasmi yang menyatakan spesifikasi suatu set prosedur. Protokol ujian klinikal biasanya mengandungi maklumat berkenaan objektif, reka bentuk, tatacara, statistik, dan pengelolaan. |
clinical trial protocol | protokol percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara piawai untuk melaksanakan suatu percubaan klinikal. Protokol ini mengandungi maklumat umum dan latar belakang percubaan klinikal, objektif dan tujuan percubaan, penjelasan reka bentuk percubaan, kriteria pemilihan dan penyingkiran subjek, prosedur rawatan subjek, spesifikasi dan prosedur penilaian keberkesanan dan keselamatan, kaedah statistik, dan maklumat tambahan lain yang berkaitan. |
analytical protocol | protokol analisis | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara yang terperinci tentang langkah-langkah untuk melakukan analisis bagi setiap ujian. Protokol ini mengandungi semua maklumat berkaitan dengan kaedah dan spesifikasi ujian yang dilakukan oleh pengilang. Contohnya, sampel yang digunakan dalam ujian, penyediaan bahan piawai dan reagen, dan radas. |
digital imaging and communications in medicine (DICOM) | pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Protokol rangkaian lapisan aplikasi untuk penghantaran imej perubatan, bentuk gelombang dan maklumat yang berkaitan. DICOM pada asalnya dibangunkan oleh National Electrical Manufacturers Association dan American College of Radiology untuk mengimbas tomografi paksi berkomputer (CAT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI) imej. DICOM dikawal selia oleh Jawatankuasa Standard dan menyokong pelbagai imej perubatan merentasi bidang radiologi, kardiologi, patologi dan pergigian. DICOM juga menggunakan protokol kawalan penghantaran atau protokol Internet sebagai protokol lapisan pengangkutan lebih rendah. |
signaling system 7 (SS-7) | sistem pengisyaratan 7 (SS-7) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang digunakan oleh syarikat telefon untuk menyelesaikan masalah serangan pemfrikan. Protokol ini mengasingkan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat data telefon, seperti data suara atau data paket ke jalur dalam. Protokol ini menghalang pemfrik daripada menggunakan alat seperti kota biru atau kotak hitam pada ganggang atau litar suara telefon untuk mengawal perkhidmatan telefon atau memperoleh perkhidmatan teristimewa daripada syarikat telefon. Hal ini demikian kerana litar ganggang telefon berada dalam jalur yang berlainan dan terpisah secara fizikal daripada jalur luar rangkaian telefon. |
domain name system (DNS) | sistem nama domain (DNS) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang memetakan alamat protokol Internet ke alamat nama domain yang boleh difahami pengguna. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my dipetakan daripada alamat protokol Internet 202.184.84.2. |
secure electronic transaction (SET) | urus niaga elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang dibangunkan untuk menjamin keselamatan urus niaga kewangan dan perdagangan pada Internet. Setiap pengguna yang ingin berurus niaga akan diberi satu sijil digital sebagai dompet elektroniknya. Urus niaga yang dilakukan dengan mengesahkan sijil digital dan tandatangan digital, penjual, dan juga bank pengguna sebelum urus niaga boleh diterima. Protokol ini menjadi piawaian yang diguna pakai oleh pengeluar kad kredit seperti Visa, MasterCard dan lain-lain. |