psychopathology | psikopatologi | Perubatan | Tiada | Tiada |
psychopathology | psikopatologi | Psikologi | Tiada | Tiada |
psychopathology | psikopatologi | Perubatan | Tiada | Patologi penyakit dan gangguan mental, terutamanya yang berkaitan dengan mekanisme mental dan proses pemikiran. |
pyschopathology | psikopatologi | Psikologi | Psikologi Umum | Kajian saintifik tentang kecelaruan mental, emosi dan tingkah laku. Konsep ini juga merujuk kepada kecelaruan mental seperti skizofrenia, kemurungan dan pola tingkah laku yang membuatkan individu tidak gembira dan mengganggu perkembangan peribadi. Tingkah laku abnormal ini boleh dibahagikan kepada dua ciri utama. Pertama, maladaptif yang menyebabkan individu sukar menyesuaikan dirinya dengan aktiviti hidup seharian. Kedua, hilangnya kemampuan individu untuk mengawal pemikiran, tingkah laku atau emosinya. Contohnya, ketagihan berjudi membuatkan individu tidak dapat mengawal desakan hati untuk berjudi sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang dimilikinya. |
schizophrenia | skizofrenia | Psikologi | Psikologi Umum | Satu bentuk psikopatologi yang menyebabkan keutuhan personaliti, emosi dan kognitif individu tergugat dengan teruk. Istilah yang sering dikaitkan dengan kecelaruan ini ialah psikosis, gila atau tidak waras. Tanda-tanda kebiasaan yang terdapat kepada pesakit ini ialah delusi, halusinasi, apati, pemikiran abnormal dan perceraian antara emosi dengan pemikiran. Emosi pesakit ini biasanya bercelaru. Contohnya, apabila diberitahu ibunya meninggal dunia, individu skizofrenia hanya akan ketawa berdekah-dekah atau tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Pesakit ini juga boleh menarik diri daripada orang ramai, hilang minat terhadap aktiviti luaran dan gagal mengawal tabiat atau aktiviti harian. Sekurang-kurang terdapat empat jenis skizofrenia, iaitu tidak terurus, katatonik, paranoid dan tanpa pembezaan. |
existential counseling | kaunseling kewujudan | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka. |
positive psychology | psikologi positif | Psikologi | Psikologi Umum | Bidang baharu dalam psikologi kemanusiaan yang memberi tumpuan terhadap perkara yang disenangi oleh individu tanpa memberi perhatian kepada aspek negatif atau psikopatologi mereka. Bidang ini menumpukan perhatian kepada kualiti kehidupan yang lebih bermakna, gembira, optimistik dan kemampuan untuk bertahan terutamanya semasa dalam keadaan tertekan. Dalam kesukaran hidup, individu boleh menguruskan dirinya supaya dapat hidup secara bermaruah dan bermatlamat, mencari cara supaya dapat mempertingkatkan prestasi, motif dan keupayaan bukan sahaja dirinya tetapi juga keluarga serta masyarakatnya. |
case history | pensejarahan kes | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah penyusunan data yang merangkumi keputusan ujian psikologi, diagnosis dan temubual mengenai individu sebagai subjek dalam kajian. Kaedah ini sangat popular digunakan dalam bidang psikopatologi dan penyelesaian kes sosial untuk tujuan mendiagnosis sesuatu kecelaruan secara lebih praktikal. |