kasah | kasah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Pterygota horsfieldii daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung menerang dan kangsar. Gubal kayu kasah sukar dibezakan daripada teras kayunya dan biasanya berwarna kuning jeramu atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mengandungi banyak tisu parenkima. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu kasah mudah diproses dan dikemas siap, tetapi tidak tahan dan mudah diserang kulat dan serangg. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak pembungkus, alas angkut, papan lapis,dan venir. |