Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : 1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dlm agama Is­lam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa); fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. = bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur? berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : sj ibadat yg dilakukan dgn menahan diri drpd memasukkan sesuatu ke dlm rongga yg terbuka (spt makan, minum) antara waktu terbit fajar sehingga waktu masuk matahari. ~ fardu puasa yg diwajibkan; puasa dlm bulan Ramadan. bulan ~ bulan yg kesembilan dlm tahun Islam; bulan Ramadan. berpuasa melakukan ibadat puasa: Anak-anak hendaklah dididik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puasa

Puisi
 

Bulan puasa pergi ke pasar,
     Dua tiga membeli gelama;
Menanti masa hamba tak gusar,
     Setahun dua tidaklah lama.


Lihat selanjutnya...(27)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eating disordergangguan makanMakanan dan PemakananPemakananTabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema.
hexastichsadbarisKesusasteraanPuisiRangkap puisi yang terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi yang menonjolkan bentuk sadbaris ini ialah pantun enam kerat seperti di bawah. Orang Baghdad bawa teraju, Orang Makkah bawa telur, Telur dimakan bulan puasa; Rumah gadang bersendi batu, Jika adat bersendi alur, Alur itu kan ganti raja.

Kembali ke atas