narrative poetry | puisi naratif | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang mengandungi cerita atau sebuah cerita yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi naratif biasanya ditulis secara panjang dan berangkap. Setiap rangkap saling berkaitan sebagai sebuah cerita. Berbanding dengan bentuk prosa, pemaparan cerita dalam puisi naratif mengandungi nilai keindahannya yang tersendiri, khususnya apabila dibacakan secara lisan. Antara bentuk puisi naratif yang biasa ialah epik dan balada. Dalam kesusasteran Melayu tradisional, puisi naratif banyak terdapat dalam bentuk syair, antaranya Syair Siti Zubaidah, Syair Perang Mengkasar, atau Syair Yatim Nestapa. Dalam sastera Arab, puisi naratif ditemui dalam puisi-prosa Sirah �Antarah dan al-Zir Salim. Dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada karya Shah-nama oleh Daqiqi dan Zafar-nama oleh Hamdu�Llah Mustawfi. |
metrical correction | pembetulan metris | Kesusasteraan | Tiada | Usaha membaiki susunan rima yang terdapat di dalam puisi. Contoh: Puisi-puisi yang berasal dari India selalunya disesuaikan dengan sistem tempatan khususnya dalam kakawin. |
ubi sunt | ubi sunt | Kesusasteraan | Tiada | Pembukaan kata kepada beberapa puisi-puisi hujung abad pertengahan yang digunakan untuk mengklasifikasikan sesuatu jenis puisi yang mengkhususkan tentang kehidupan dan keindahan alam. |
metrische bewerking (Bld.) | olahan terikat | Kesusasteraan | Tiada | Puisi-puisi yang mempunyai bentuk-bentuk khusus. Contoh: Pantun: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Syair: Bulan pun sebelah disaput awan, Seperti muka anak perawan; Mengintai kekasihnya malu-maluan, Berputeralah puteri seorang perempuan. Tembang: Adhuh biyung adhuh nini, rahayune durung sida, wis moh dadi wong, anggandhek, apa ta maneh, jinangkah, ngena-ngene tan enak, lah dalah uwis katemu, katekan katekku baya. |
trisyllabic rhyme | rima trisuku | Kesusasteraan | Tiada | Rima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka atau rangkap-rangkap lucu. |
triple rhyme | rima trisuku | Kesusasteraan | Tiada | Rima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka dan rangkap-rangkap lucu. |
metaphysical poetry | puisi metafizikal | Kesusasteraan | Tiada | Puisi bertemakan falsafah dan agama yagn menggunakan unsur wit, paradoks, kiasan akal, dan gaya berhujah. Ciri-ciri utama puisi ini adalah mengemukakan hujah untuk meyakinkan dan menyampaikan sesuatu idea yang abstrak. Puisi ini mempunyai struktur yang logikal dan mengandungi kualiti dramatik yang jelas. Pada amnya, puisi ini menjurus kepada keintelektualan dan menerangkan perkara emosi atau spiritual secara logikal. Puisi metafizik menggunakan imejan daripada pengalaman harian atau alam sains dan pengetahuan. Pada asalnya, puisi ini merujuk kepada karya John Donne dan pengikutnya seperti Herbert, Marvell, Crashaw dan Vaughan. Puisi ini muncul sebagai puisi tentangan terhadap puisi cinta zaman Elizabethan. Berbanding dengan puisi lirik, ritma puisi metafizikal lebih mirip kepada bahasa pertuturan seolah-olah berdialog. Contohnya, puisi berjudul the Flea oleh Donne. Puisinya pintar dan terserlah dengan penggunaan imejan harian, unsur kiasan akal, paradoks, mainan kata, dan bersifat dialek. Lihat juga kiasan, l |
verbless poetry | puisi tanpa kata kerja | Kesusasteraan | Tiada | Puisi sintaksis yang tatabahasanya lebih bergantung pada konstruksi substantif berbanding konstruksi predikat. Oleh itu, puisi tanpa kata kerja mempunyai sifat yang lebih statik dan berupa refleksi diri, biasanya terdapat dalam puisi simbolis dan surealis. Pandangan pengkritik terhadap puisi ini berbeza dengan pandangan penyair aksi daripada tradisi puisi futuris. Sama ada puisi ini melangkah menuju ke arah puisi pasca-romantik atau sebaliknya, ia masih dibahaskan. Puisi pasca-romantik mengatakan bahawa sesebuah puisi harus mencontohi bahasa seharian. |
complaint | aduan; puisi lara | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lara: Puisi lirik yang memperlihatkan unsur-unsur meratap, merintih atau menyesali sesuatu perbuatan. |
jazz poetry | puisi jaz | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang dibaca dengan iringan muzik jaz. Puisi ini berasal daripada balada Vachel Lindsay daripada puisi beliau yang bertajuk General William Booth. Pada tahun 1930, penyair Afro-Amerika, iaitu Langston Hughes mengadaptasikan bentuk puisi tradisional kepada irama jaz. Beliau percaya bahawa muzik Afro-Amerika ialah bentuk seni yang utama bagi bangsanya. Puisi jaz menjadi semakin popular di Amerika Syarikat pada tahun 50-an. Kumpulan penyair yang digelar The Beat Generation juga menyumbang kepada perkembangan puisi jaz. Pada tahun 70 hingga 80-an, iaitu era punk, pasca-punk dan new-wave, generasi baharu penyair jaz seperti James Berry dan E.F. Braithwaite terus mengembangkan bentuk puisi ini. |