Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pui.tis] | ڤويتيس

Definisi : bersifat puisi: nama yg ~; pilihan kata dan pengucapan yg ~; kepuitisan keadaan puitis: ~ bahasanya dapat dilihat melalui banyaknya pilihan kata yg mempunyai pertalian bunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puitis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poetic proseprosa puitisKesusasteraanTiadaKarangan yang ditulis dengan menggunakan elemen puisi seperti ritma, kiasan, metafora, asonansi, dan onomatopia. Prosa puitis biasanya ditemui dalam karya ringkas atau dalam perenggan tertentu karya panjang. Prosa puitis meningkatkan respons emosi pembaca dan menambahkan keindahan sesebuah karya. Contohya, dalam bahagian Time Passes dalam novel To the Lighthouse oleh Virginia Woolf.
poetic dictiondiksi puitisKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan bahasa dalam puisi. Pada kurun ke-18, istilah diksi puitis ini ditampilkan untuk membezakan bahasa puisi dengan bentuk bahasa yang lain. Pada masa itu, bahasa puisi dianggap sebagai bahasa khusus yang mengandungi beberapa ciri arkaik dan bersifat berbunga-bunga. Kini, masih wujud perdebatan tentang kedudukan diksi puitis ini, sama ada diksi ini berkaitan dengan bahasa yang khusus atau bahasa seharian.
poetic dramadrama puitisKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan penggunaan bahasa berirama dalam bentuk puitis untuk menyampaikan cerita.
poetic justicekeadilan puitisKesusasteraanTiadaKonsep moral dalam penulisan karya sastera yang memberikan ganjaran kepada kebaikan dan menerima hukuman untuk kejahatan. Keadilan puitis diwujudkan pertama kali oleh Thomas Rhymer pada tahun 1678. Konsep ini digunakan dalam drama pada kurun ke-17 dan ke-18. Kini, konsep ini digunakan secara meluas dalam semua bidang sastera, seni persembahan dan filem.
ecstasykeghairahanKesusasteraanTiadaKeasyikan puitis yang dipenuhi dengan khayalan. Istilah ini amat penting dalam kajian fiksyen fantasi dan ghaib. Arthur Machen dalam Hieroglyphics menyamakan keadaan keasyikan ini dengan seorang pembaca yang dirasuk oleh keasyikan puitis, dan pembaca itu mengalami emosi yang kompleks seperti ketakjuban, kekaguman, dan keinginan kepada sesuatu yang penuh rahsia dan tidak diketahui. Emosi yang dialami ini diasosiasikan dengn realiti yang lebih mendalam dan terpendam. Kesan emosi ini penting untuk menghasilkan karya bercorak fantasi.
dramatic poetrypuisi dramatikKesusasteraanTiadaPuisi yang menggunakan teknik dramatik untuk kesan puitis atau drama yang menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contohnya, puisi Browning bertajuk My Last Duchess menggunakan konvensi drama untuk kesan puitis. Kebanyakan drama Shakespeare pula menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contoh karya tempatan ditemui dalam drama berjudul Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Drama ini menggunakan bentuk puisi berirama dalanm dialog untuk memperhebatkan kesan tragisnya. Dalam karya puisi berjudul �Pengakuan Pariyem� oleh Linus Suryadi AG menggunakan teknik drama dialog, monolog dan naratif untuk kesan estetik. Dalam sastera Parsi, puisi dramatik ditemui dalam saja �Katiba� oleh Mahdi Akhavan Thalith.
poetic licenselesen puitisKesusasteraanTiadaKebebasan yang diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Pengkarya bebas menghasilkan karya mengikut acuan sendiri, sekalipun bertentangan dengan konsep karya penulis lain. Biasanya, lesen puitis lebih banyak melibatkan penyair daripada cerpenis dan novelis.
poeticpuitisKesusasteraanTiadaTiada
poetic dictiondiksi puitisKesusasteraanTiadaKata atau frasa lama yang sudah tidak terpakai lagi kira-kira seabad.
poetic dramadrama puitisKesusasteraanTiadaDrama yang ditulis semata-mata untuk dipentaskan yang sebahagian dialognya dalam unsur atau bentuk puisi.
123

Kembali ke atas